suria

Banyak kategori dipertandingkan, satu anugerah pun tak sangkut! Cikgu tak kecewa, hanya mahu murid berjaya dunia akhirat

Mohamad Yusof berkongsi pengalaman sempena Hari Guru.

HARI Guru sememangnya amat dinanti-nantikan oleh golongan pendidik saban tahun.

Selain diraikan, guru-guru juga pastinya teruja apabila dianjurkan penganugerahan berdasarkan undian.

Begitu juga dengan seorang guru yang mengimpikan memenangi anugerah sempena Hari Guru pada tahun ini.

Namun, nasib tidak menyebelahinya apabila tidak memperoleh sebarang kemenangan.

Antara kategori anugerah yang dipertandingkan.

"Oh ya, saya tak menang apa-apa anugerah tahun ni. Bukan rezeki saya. Tapi pagi-pagi lagi dah dapat mesej 'Cikgu, saya budak yang cikgu ajar mengaji dulu. Selamat Hari Guru cikgu. Alhamdulillah puasa hari tu saya dapat baca habis surah Baqarah cikgu'.

"Dia (pelajar) beritahu. Ya, budak ni dulu alif ba ta pun tak kenal. Hari Guru ni tak dapat hadiah pun tak apa, tak dapat anugerah pun tak apa janji anak-anak didik saya jadi anak yang berjaya dunia akhirat," tulisnya menerusi satu hantaran di Facebook.

Bercakap kepada mStar, guru berkenaan, Mohamad Yusof Sulehin mendedahkan sepanjang bergelar pendidik, dia belum pernah menerima anugerah berdasarkan undian.

ARTIKEL BERKAITAN: Guru belajar sesuatu selepas kena 'tazkirah' dengan murid sebab berlengah bantu kucing! Pagi 'terbang' RM120, malam dapat RM1,200

ARTIKEL BERKAITAN: Mula-mula buka pintu kereta, kemudian pimpin tangan isteri masuk masjid... Gelagat pakcik 'sweet' sampai tua bikin ramai cemburu!

"Kebetulan tahun ni undian guru buat pakai online (undian)," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, antara kategori yang dipertandingkan adalah Guru Paling Penyayang, Guru Paling Proaktif, Guru Paling Inovatif dan Guru Paling Versatile.

Perkongsian Mohamad Yusof di Facebook.

Walaupun tidak memenangi anugerah, Mohamad Yusof yang berkhidmat di sebuah sekolah di Pasir Gudang, Johor itu mengakui berasa terharu apabila menerima mesej-mesej daripada para pelajarnya.

"Ya Allah terharunya saya apabila baca mesej murid-murid saya. Rasa sebak di dada," katanya yang berpengalaman dalam bidang perguruan selama 13 tahun.

Semoga segala ilmu yang dicurahkan akan menjadi bekalan pahala yang berpanjangan, amin.

NETIZEN

Bagi Mohamad Yusof juga, bukan hadiah yang menjadi buruannya setiap kali sambutan Hari Guru.

"Pasal hadiah tu sebenarnya bukan semua murid dalam kalangan orang senang. Jadi, ada yang habiskan duit semata-mata nak bagi hadiah kat cikgu.

"Jadi, pada saya tak dapat hadiah pun tak apa. Cukup sekadar murid dapat ingat cikgu pun dah cukup," ujarnya yang juga berasal dari Pasir Gudang.

Mohamad Yusof berkongsi kisah kemasyarakatan.

Untuk rekod, Mohamad Yusof merupakan penerima Anugerah Kebangsaan Ikon Warden Asrama Harian Terbaik Peringkat Kebangsaan sempena Simposium Hal Ehwal Murid Peringkat Kebangsaan 2021.

Selain ucapan Selamat Hari Guru, rata-rata netizen di Facebook turut memberikan kata-kata semangat kepadanya.

"Semoga segala ilmu yang dicurahkan akan menjadi bekalan pahala yang berpanjangan, amin. Jika tiada pengiktirafan di dunia, sesungguhnya Allah Maha Melihat segala kudrat cikgu.

"Teruskan semangat mengajar cikgu. Tak apa tak dapat anugerah di dunia. InsyaAllah cikgu dapat anugerah daripada Allah nanti," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain