suria

Suami sanggup bayar loan kereta ibunya hampir 1K, keluarga sendiri guna kenderaan kecil... ‘susah’ nak tambah anak

Wanita berkenaan terkilan kerana suaminya seolah-olah mengenepikan keperluan keluarga sendiri. Gambar sekadar hiasan

SESEBUAH perkahwinan bukan hanya bertunjangkan cinta serta kesetiaan semata-mata, malah memerlukan persefahaman dan sikap saling menerima untuk terus kekal utuh.

Ia merangkumi soal latar belakang keluarga, status, pekerjaan dan paling penting semestinya aspek kewangan.

Tidak dinafikan, hubungan suami isteri boleh bertukar menjadi tidak harmoni sehingga menyebabkan rumah tangga berantakan hanya disebabkan isu kewangan.

Begitulah juga dengan kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini.

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu, keluarga kecilnya tidak berdepan masalah kewangan malah suaminya tidak pernah lupa memberi nafkah setiap bulan.

Namun apa yang membuatkan dirinya sedikit tidak berpuas hati apabila si suami terlalu melebihkan ibu sendiri sehingga mengenepikan keperluan yang sepatutnya diberi keutamaan terlebih dahulu.

"Suami saya Cina mualaf... dia anak sulung dan satu-satunya anak lelaki. Masalahnya, suami saya sudah 35 tahun. Rumah tak ada, kereta pun tak ada lagi. Sekarang ni memang pakai kereta saya nak pergi mana-mana.

mentuaa 1

Sebahagian daripada perkongsian kisah wanita berkenaan.

"Nafkah memang suami bagi banyak tapi termasuk semua bil air, api, belanja barang dapur, minyak kereta, anak, barang rumah, sewa dan lain-lain.

"Kiranya macam duit tu saya pegang untuk bayarkan saja... bahagian saya memang tak ada. Kadang-kadang saya tambahkan guna duit elaun... saya masih belajar lagi," kongsinya dalam satu luahan menerusi Direct Message (DM) kepada laman Twitter @twtmalaywedding.

ARTIKEL BERKAITAN: Duit raya tak pernah hulur, baju kena beli sendiri! Wanita terasa hati dapat suami kedekut, cemburu tengok pasangan lain pamer bahagia

ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun tinggal sebumbung, wanita terasa hati mentua suka hempas barang! Netizen ingatkan si suami patut beri nafkah tempat tinggal

Tambah wanita berkenaan, dalam situasi kewangan keluarganya ketika ini, si suami memperuntukkan hampir RM1,000 sebulan untuk membayar ansuran kereta ibunya.

"Sekarang ini saya nak minta tukar kereta (kerana) kereta sekarang kecil. Sebab nak tambah anak.

"Tapi dia (suami) tak habis-habis kata tak ada duit. Tapi dia bayar kereta mak dia dekat 1k sebulan dan mak dia bekerja.

"Saya tak tahu, patut saya reda atau saya patut beritahu suami yang dia kena utamakan isteri dan anak terlebih dahulu," luahnya sambil meminta pendapat warga maya.

Kena tengok ekonomi keluarga dulu, baru boleh fikir nak tambah anak.

NETIZEN

Perkongsian berkenaan meraih perhatian netizen namun rata-ratanya menasihatkan wanita berkenaan agar berkomunikasi dengan suami dan lebih memikirkan situasi keluarga sebelum mahu menambah bilangan ahli keluarga.

"Kenapa nak tambah anak? Terang lagi bersuluh kata tak cukup, please hold that one. Lagipun awak student. Next, husband dah kira okay sebab pass semua gaji dekat awak dan still tak cukup kan, confront husband cakap bayar half dekat mak dia. Husband kena tahu dia ada keluarga yang lagi wajib.

"Maybe tangguh dulu tambah anak tu? Ataupun communicate properly dengan husband untuk kurangkan nafkah kepada ibu mentua since you guys nak tambah anak. Tak perlu sampai tak bagi sebab nampak macam husband you nak berbakti kepada ibu bapa.

komen mak mentua

Antara nasihat daripada netizen terhadap situasi yang dialami wanita tersebut.

"Anak tu alasan je untuk tukar kereta. Actually kamu cuma tak puas hati suami bayarkan kereta ibunya dan ibunya bekerja kan?

"Tambah anak? Tangguh dululah. Nak tambah anak ke sebab nak mintak tukar kereta baru? Kena tengok ekonomi keluarga dulu, baru boleh fikir nak tambah anak. Risau nanti anak bertambah, kereta baru, saving tak ada langsung karang. Selagi boleh pakai kereta tu, pakai saja," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain