suria

Nasib baik jumpa! Pelanggan terkejut tengok saiz sotong dalam tepung tebal, mahal pula tu - “Tak tahu nak halalkan atau tidak”

Individu ini menunjukkan keadaan sotong kecil yang dijumpai dalam tepung.

SIKAP peniaga makanan yang mementingkan diri dengan menipu pelanggan menggunakan pelbagai helah demi mengaut keuntungan berganda bagaikan sukar dibendung.

Paling kerap menjadi rungutan ialah berkaitan penyediaan makanan yang tidak sempurna seperti 'karipap angin' serta sandwich tiada inti di tengah namun dijual pada harga tinggi.

Terpalit dengan nasib sama, seorang individu meluahkan rasa kesal apabila menu sotong celup tepung yang dibelinya tidak seperti yang diharapkan.

Video menunjukkan saiz sotong yang terlalu kecil disaluti tepung tebal hingga kelihatan seperti cucur itu dikongsikan di akaun TikTok @racuntiktokmalaysia89.

Tangkap layar daripada video yang dikongsikan di TikTok.

"Allah...Allah. Tolonglah peniaga kedai makan. Sudahlah mahal, sotong pula kecil tak tergamak nak makan," ujar individu berkenaan.

Katanya lagi dia sendiri keliru sama ada perlu menangis atau ketawa melihat sotong celup tepung yang dibelinya itu.

Namun tidak dinyatakan lokasi makanan popular itu dijual.

ARTIKEL BERKAITAN: Udang viral di Pantai Penarik RM10 je! Memang puas hati makan seafood celup tepung di Terengganu

ARTIKEL BERKAITAN: Nampak gemuk, besar tapak tangan... Balik rumah tengok-tengok sotong goreng tepung saiz jari kelingking! “Aku ingat anak cicak tadi”

Meninjau di ruangan komen, netizen memberikan pelbagai reaksi termasuk ramai yang terhibur dan tak kurang juga meluahkan rasa marah kerana peniaga berkenaan sanggup menipu si pembeli.

"Bayar tepung saja. Tak berbaloi. Saya pun dah pernah terkena. Kaya-kaya (orang) yang berniaga macam ni.

Tengok dalam menu cantik elok sotong goreng tepung... lepas order cekodok pula yang dapat.

NETIZEN

"Itulah fasal. Saya pernah beli. Banyak tepung daripada sotong. Sedih... tak tahu nak halalkan ke tak dengan bayaran.

"Terkejut jugalah. Tengok dalam menu cantik elok sotong goreng tepung. Lepas order cekodok pula yang dapat.

"Acara sukaneka. Cari sotong dalam tepung," demikian seloroh netizen.

Antara komen netizen di TikTok.

Dalam soal ini peniaga diingatkan supaya tidak melakukan kemungkaran dalam perniagaan.

Penjualan makanan yang tidak setara seperti menu yang dipaparkan dalam iklan dianggap sebagai satu penipuan dalam pengiklanan yang ditegah dalam Islam.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pernah mengulas panjang lebar mengenai hal ini dengan menyatakan bahawa penipuan adalah satu perkara yang ditegah di sisi Islam dalam sebarang urusan khususnya perniagaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain