suria

Nampak gemuk, besar tapak tangan... Balik rumah tengok-tengok sotong goreng tepung saiz jari kelingking! “Aku ingat anak cicak tadi”

Seorang pelanggan menunjukkan sotong goreng tepung yang dibelinya baru-baru ini.

TENGOK saja sotong goreng celup tepung pasti terliur, terus terbayangkan keenakannya.

Tambah sedap apabila dimakan dengan sos istimewa ketika masih panas.

Namun, hasrat seorang pelanggan yang mahu menikmati sotong goreng tepung terbantut apabila mendapati sesuatu yang tidak dijangka pada menu berkenaan.

Menerusi satu perkongsian yang tular, seorang individu memuat naik beberapa gambar hidangan itu.

Dua ekor sotong kecil yang dicucuk pada sebatang lidi.

Apa yang mengejutkan apabila saiz sotong yang dicucuk pada sebatang lidi adalah terlalu kecil sebaik bahagian tepung yang digoreng itu dibuka.

Jika diteliti sotong itu hampir menyamai saiz jari kelingking orang dewasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga kedekut teruk! Popia goreng inti 2 urat tauge mengejutkan pelanggan, luaran je nampak normal - "Jenis berniaga tak nak keberkatan"

ARTIKEL BERKAITAN: "Bila gigit macam tak ada apa" - Walau alas perut, wanita ini pelik sandwich sekadar 'dicalit' telur je!

"Kepada penjual, tolonglah jangan prank (bergurau) pembeli macam ni. Balik rumah, buka plastik terus menangis," tulis pelanggan menyuarakan kekecewaannya di Facebook.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan saiz sotong yang terlalu kecil berbanding tepung.

Seorang pelanggan menyuarakan kekecewaannya.

Malah, ada yang menyamakan sotong kecil itu dengan anak cicak.

Selain itu mereka turut kesal kerana peniaga hanya memikirkan keuntungan semata-mata, tanpa mengambil kira kualiti makanan yang dijual.

Tak baiknya buat macam ni kat pelanggan, orang beli pakai duit.

NETIZEN

"Ku fikir ulat apa lah tadi. Zoom rapat baru perasan sotong. Halus betul sotongnya.

"Laaa... aku ingat anak cicak tadi. Kepala anak sotong rupanya.

Antara komen netizen.

"Sotongnya halus je. Tepungnya kemain banyak. Sabar je la dengan manusia begini. Orang berniaga, dia pun nak berniaga juga tapi aniaya orang lain.

"Tak baiknya buat macam ni kat pelanggan, orang beli pakai duit," demikian antara komen netizen.

Selain itu, terdapat netizen yang membandingkan saiz sotong berkenaan dengan gelang yang dipakai pembeli tersebut menerusi foto yang dikongsikan.

"Besar lagi gelang dia," komen netizen.

Pelanggan itu bagaimanapun tidak menyatakan lokasi gerai dan bila dia membeli sotong goreng celup tepung tersebut

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain