suria

Tak sampai hati tengok kawan pakai kasut lusuh, satu kelas kumpul derma kilat... Momen pelajar lelaki dapat hadiah buat ramai terharu

Tangkap layar daripada video yang meraih lebih 13.4 juta jumlah tontonan di TikTok.

APABILA tibanya musim pembukaan penggal persekolahan yang baharu, pelbagai kisah suka dan duka membabitkan pelajar dikongsikan di media sosial.

Ketika rata-rata pelajar berpakaian serba baharu ke sekolah, ada juga dalam kalangan mereka yang masih kekal memakai uniform lama.

Sungguhpun demikian, ia bukanlah penghalang untuk mereka hadir ke sekolah bagi menuntut ilmu.

Pelajar-pelajar di sekolah ini mengumpul duit untuk belikan kasut kepada rakan sekelas.

Baru-baru ini tular di media sosial sebuah video dirakamkan seorang pelajar menunjukkan rakan sekelasnya memakai sepasang kasut lusuh yang sudah rosak ke sekolah.

Selain kotor keadaan tapak kasut berwarna hitam itu juga kelihatan sudah haus.

Namun apa yang istimewanya pada video yang dikongsikan itu ialah sikap rakan-rakannya yang prihatin dengan nasib pelajar berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Zuriat sendiri tercicir masuk SBP, Cikgu Fadli tak rasa terkilan... Anak pun seronok, siap rancang nak pergi kelas main drum!

ARTIKEL BERKAITAN: Alasan anak tolak tawaran masuk kolej buat ibu terkedu! Bimbang nenek terlantar sakit dan 7 adik tiada siapa nak jaga

Menerusi video sama, ditunjukkan proses mengumpul wang sumbangan daripada rakan-rakannya,

Berdasarkan senarai nama yang dibuat, setiap pelajar menghulurkan kira-kira RM15.

Akhirnya mereka berjaya mengumpul wang keseluruhan bernilai 217,000 rupiah atau kira-kira RM63 yang digunakan bagi membeli sepasang kasut baharu kepada rakan mereka.

Saya yakin (kebaikan) mereka ni pasti dibalas dengan sebuah kejayaan.

NETIZEN

Momen yang paling menyentuh perasaan tentunya saat kasut baharu yang dibeli itu diberikan kepada sahabat mereka,

Kegembiraan jelas terpancar di wajah penerima kasut berkenaan lebih-lebih lagi apabila mengetahui ia merupakan hasil sumbangan rakan-rakannya sendiri.

Sebagaimana ditulis pada kapsyen video, kejadian ini dipercayai berlaku di Sekolah Menengah Pertama Negeri 3 Tasik Malaya, Indonesia namun menjadi tular di negara ini.

Wang terkumpul digunakan untuk membeli kasut sekolah baharu.

Perkongsian tersebut tentunya mengundang sebak lebih 13.4 juta pelayar TikTok.

Ia turut dibanjiri lebih 41.8 juta komen yang rata-ratanya terharu dengan perilaku positif sekumpulan pelajar itu terhadap nasib rakan mereka.

“Satu dunia TikTok pun turut berbangga padamu anak-anak muda. Mantap! Contohi mereka.

"Ini buktinya ibu bapa pandai mendidik anak-anak, guru juga bijak mengajar di sekolah.

Antara komen netizen di TikTok.

“Jangan berhenti buat kebaikan. Semoga sihat selalu kawan-kawan yang baik ni.

“Saya yakin (kebaikan) mereka ni pasti dibalas dengan sebuah kejayaan,” komen netizen di TikTok.

Perkongsian itu seharusnya menjadi contoh yang baik kepada sesiapa sahaja terutama dalam aspek tolong menolong antara satu sama lain selain prihatin dengan nasib orang sekeliling.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain