suria

Netizen tak terkejut lelaki beli nasi lemak tepi jalan RM40, cedok macam-macam lauk... Siap tolong buat kira-kira semula, harga logik!

Han Aziz membeli dua bungkus nasi lemak tepi jalan pada harga RM40.

PENINGKATAN harga barang menyebabkan ramai individu terpaksa hidup dalam keadaan berjimat-cermat.

Selain pelanggan, golongan peniaga turut tersepit dalam situasi itu, menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga jualan.

Terbaharu, seorang pemuda dikenali sebagai Han Aziz meraih perhatian ramai apabila dia berkongsi mengenai pengalamannya membeli dua bungkus nasi lemak tepi jalan pada harga RM40.

nasi2

Dua bungkus nasi lemak yang dibeli olehnya.

"So ini nasi lemak RM18. Telur mata, sotong, ayam goreng, ha tu je la. Sambal. Nasi tambah by the way," ujarnya sambil membuka bungkusan pertama.

Dia kemudiannya membuka bungkusan nasi lemak kedua yang yang disifatkan mahal kerana berharga RM22.

"Ini RM22. Sama macam ni (bungkusan pertama), cuma beza ada rendang, tak ada telur mata. So ayam goreng, sotong, rendang, nasi tambah juga, RM22.

Berbaloi la portion pun banyak... bahan mentah semua mahal sekarang.

NETIZEN

"So macam mana guys. Renung-renungkanlah nasi lemak kita sekarang mahal. Okey bye-bye," ujar Han Aziz.

Difahamkan nasi lemak berkenaan dibeli dari gerai di sekitar Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Perkongsian video TikTok itu hingga kini meraih lebih 730,000 tontonan dalam tempoh 24 jam selepas ia dimuat naik.

Di ruangan komen, ramai netizen nampaknya tidak senada dan beranggapan harga tersebut berpatutan dengan segala lauk yang diambilnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tengok bil, pelanggan terbantut nak makan tengah hari! Benarlah cakap-cakap ‘ambil sotong kena pancung’

ARTIKEL BERKAITAN: Mula-mula ‘total’ RM129, rupanya harga sebenar RM75! Restoran mengaku ‘salah kira’, nafi sengaja naikkan bil

Malah, netizen turut meminta dia mengambil lauk secara berpada-pada sekiranya mahu membeli makanan pada harga yang lebih murah.

"Kalau saya, makan berpada-pada. Kalau nak ayam, ambil ayam je. Kalau sotong, ambil sotong je. Janji makan kenyang, duit tak terbang. Barang semua dah mahal kan, reda je la.

"Kena ingat sotong, ayam, daging, santan, timun semuanya harga kayangan sekarang. Siapa pergi pasar beli barang baru tahu. Orang tak masak tak tahu.

"Berbaloi la portion pun banyak. Bahan mentah semua mahal bang sekarang. Abang beli tu semua dah siap masak tau.

Pasar Besar Jalan Othman, Petaling Jaya for foreigner manning the stores story. — YAP CHEE HONG/The Star

Ramai netizen memilih untuk tidak menyalahkan peniaga kerana sedar akan peningkatan kos bahan mentah.

"Memang la mahal, lauknya macam-macam," tulis beberapa netizen.

Selain itu, ada individu turut membuat pengiraan semula bagi pihak peniaga tersebut dan berpendapat harga yang dikenakan berpadanan dengan kos bahan mentah yang digunakan.

"Nasi RM3, ayam goreng RM6, sotong RM6, rendang RM6, nasi tambah RM1. Total RM22. Betul dah tu, murah kot," tulis individu itu.

Bagaimanapun, ada yang bersetuju dengan dengan Han Aziz dan menganggap harga itu tidak berpatutan untuk nasi lemak tepi jalan.

"Memang mahal betul tu, nasi lemak je pun. Nasi biasa campur boleh maka dua orang.

"Tapi memang agak mahal. Macam kaw kaw ketuknya. Harga macam ala-ala makan kat restoran," tulis beberapa individu lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain