suria

Lambat kahwin, wanita ini tak melatah disoal tentang jodoh! Bukan tak ada jejaka minat, cuma hati tak berkenan

Wanita ini tenang ketika berhadapan dengan soalan jodoh. -Gambar hiasan

SOALAN tentang jodoh ada kalanya boleh menyentuh hati seseorang.

Dalam dunia ini, siapa yang tak mahu berkahwin? Sudah tentu mempunyai pasangan sehidup semati menjadi keinginan setiap insan.

Bagaimanapun topik jodoh kerap menjadi tanda tanya dalam kalangan ahli keluarga mahupun rakan sehingga menyebabkan seseorang itu berasa kurang senang.

Ciapan asal di laman Twitter.

Melalui perkongsian di laman Twitter, seorang wanita lebih tenang apabila menerima dengan hati terbuka setiap soalan mengenai jodoh yang diajukan kepadanya.

Dia yang senang disapa sebagai Adibah berpandangan positif dengan menganggap setiap soalan mengenai jodoh terselit kata-kata semangat dan doa buat dirinya.

"Saya tak mudah terasa hati dengan soalan jodoh sebab saya tahu niat mereka baik dan biasanya akan diikuti dengan doa yang sangat menyentuh hati.

ARTIKEL BERKAITAN: Cinta botol pink! Terkejut jumpa semula bekas air hilang, rupanya ‘jodoh’ tolong simpan dari semester 1 - “Ingatkan dah tak wujud”

ARTIKEL BERKAITAN: “Takkan jodoh aku anjing” - Wanita akur ditemani haiwan dalam pesawat, lebur impian nak duduk sebelah lelaki kacak

"Hari ini saya jumpa seorang jururawat yang saya pernah bekerja sekali beberapa tahun lalu, dia tanya adakah saya sudah berkahwin atau belum.

"Bila saya kata belum lagi, dia hanya senyum dan dia doakan agar saya ditemukan dengan orang terbaik untuk hidup saya," kata Adibah yang tenang mendengar kata-kata rakannya itu.

Adibah mengakui dia pernah berdepan situasi yang sama sebelum ini dan semua yang bertanya memberikan sokongan serta ada yang sempat berjenaka tanpa mengguris hatinya.

Mereka semua doakan yang baik-baik agar saya akhirnya ditemukan dengan seseorang yang secocok dengan diri saya.

ADIBAH ABDULLAH

"Kalau ada sesiapa tanya mengenai jodoh, saya akan jawab dengan dengan cara saya sendiri.

"Ada sesetengah yang akan masukkan lawak untuk menceriakan hati saya yang sedang bersedih bila dengar soalan itu.

"Mereka semua tak sabar nak dengar jawapan yang saya dah jumpa seseorang, jawapan saya selama ni asyik sama," ujar Adibah yang merupakan seorang pengamal perubatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital.

Mereka yang bertanyakan soalan mengenai jodoh kepada Adibah juga dikatakan mempunyai empati dan tahu untuk 'membaca' keadaan.

"Kebanyakan daripada mereka akan buat muka terkejut untuk jaga hati saya bila saya cakap yang saya masih belum berkahwin.

Soal jodoh boleh membuatkan seseorang itu berasa sedih. -Gambar hiasan

"Reaksi terkejut itu seolah-olah mereka tak percaya yang orang macam saya ni masih belum ada sesiapa.

"Ada seorang jururawat ni cakap dekat saya yang mungkin saya tak perasan sebenarnya ada orang tunjuk minat dekat saya," kata Adibah terhibur dengan jenaka rakan-rakannya.

Adibah mengakui mungkin ada yang meminati dirinya tetapi dia tidak mempunyai perasaan yang sama terhadap tuan empunya badan.

Meskipun soalan cepumas tentang jodoh menjadi igauan ngeri ramai orang bujang, Adibah bersyukur dia hanya mempunyai pengalaman yang baik..

"Saya pernah ada perbualan mengenai jodoh ini dengan rakan, kawan lama, orang tidak dikenali dan ahli keluarga.

"Mereka semua doakan yang baik-baik agar saya akhirnya ditemukan dengan seseorang yang secocok dengan diri saya.

Sebahagian ciapan balas warga maya.

"Saya kumpul setiap doa ini untuk menjadi penguat semangat hidup saya," ujarnya mengakhiri bicara.

Melewati ruangan ciapan balas, warga maya menganggap aura positif yang dibawa Adibah menyebabkan orang di sekelilingnya juga memberi reaksi yang baik dan tidak bersangka buruk mengenai jodohnya.

"Saya rasa orang yang berdamai dengan diri sendiri, selalu fikir positif dan mudah bersangka baik dia akan lebih senang jumpa orang yang ikhlas dalam bertanyakan soal jodoh.

"Dan juga sebaliknya. Bonus bila orang doakan kita," kata netizen itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain