suria

Naik gaji RM9,000 sebulan, potong zakat pendapatan pun banyak... Tapi lelaki ini tenang, siap tambah nafkah untuk isteri

Hidupnya kini lebih tenang selepas mengeluarkan zakat pendapatan secara bulanan.

PERKONGSIAN seorang individu mengenai amalan membayar zakat pendapatan yang dilakukannya sejak mula bekerja meraih perhatian netizen di laman Twitter.

Menurut lelaki itu, dia membayar zakat setahun sekali ketika permulaan kerjaya dan mengakui terasa 'berat' untuk melakukannya.

"Gaji saya bermula RM5,000. Contractual bonus dua bulan. Effectively, saya menerima gaji RM70,000 setahun. Tolak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) saya dapat lebih kurang RM62,3000 setahun (sebelum cukai).

The number of staff working at Sunway Mall management office have been significantly reduced to 40 percent during the imposition of the Movement Control Order 3.0 (MCO 3.0). — YAP CHEE HONG/The Star

Biarpun terasa berat, lelaki itu tetap mengeluarkan zakat. (Gambar Hiasan)

"Zakat yang perlu saya bayar ketika itu sebanyak RM982.50. Saya bayar setahun sekali ketika dapat bonus pada Disember. Tiada masalah, tapi saya merasa amat berat apabila perlu membayar zakat lebih kurang RM1,000.

"Bagi saya, lebih baik saya invest RM1,000 tu, atau bergembira saja. Berat macam mana pun, saya tetap bayar kerana saya fikir ini adalah cara membersihkan pendapatan saya," imbasnya.

Memasuki tahun kedua kerjaya, dia menerima kenaikan gaji, sekali gus perlu mengeluarkan zakat lebih banyak berbanding nilai sebelumnya.

Kata lelaki itu, dia masih terasa 'berat' untuk mengeluarkan zakat namun tetap meneruskan tanggungjawabnya itu dengan melakukan pembayaran berjumlah RM1,200 demi membersihkan pendapatannya pada tahun tersebut.

Semuanya menjadi lebih baik hanya kerana saya membayar zakat bulan-bulan dan tidak menunggu setahun sekali untuk bayar.

PEMBAYAR ZAKAT

Bercerita lanjut, lelaki itu berkata dia menerima kenaikan gaji sebanyak dua kali pada tahun ini dan mula mengeluarkan zakat secara bulanan atas nasihat seorang individu.

"Tahun ketiga pada 2022, gaji saya naik RM6,100 dan saya tukar kerja. Gaji terbaharu saya RM9,000 dan saya cuba tolak zakat secara bulanan. Manual, bukan automatik.

"Gaji tahunan saya, sekali bonus untuk 2022 selepas KWSP dan sebelum cukai adalah RM88,422 dan zakat adalah sebanyak RM1,635, atau lebih kurang RM137 sebulan.

"Untuk selamat, saya genapkan jadi RM200. Saya cuba dengan RM100 dulu. Selepas tiga bulan, saya naik RM150. Bulan Ogos, saya cuba dengan RM170 dan sekarang RM200," ujarnya.

Menurut lelaki itu, dia mula merasakan perubahan dan kini hidupnya lebih tenang selepas dia melakukan pembayaran zakat secara bulanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Siang kerja bank, malam jadi gelandangan di masjid! Hari-hari perah keringat demi bayar hutang, gaji RM3,000 tak cukup

ARTIKEL BERKAITAN: 2 bulan tak dapat bayaran penuh, sekali bersuara tanya pasal gaji terus dipecat! Lelaki cuma ada RM30 untuk sara keluarga

"Dari segi cashflow, memang ada beza. Nombor kan. Tolak sana ini, ia akan balanced juga. Tetapi bonus tahun ini saya keluarkan sikit saja untuk zakat. Saya tak merasa berat lagi. Segala-galanya rasa mudah.

"Saya sejenis orang yang bila naik gaji, lifestyle saya tetap sama. Cuma savings, investment, duit parents, nafkah bini saja akan naik. Tetapi akan ada wang lebihan.

"Saya tidak lagi rasa ingin beli benda bukan-bukan. Hati rasa tenang, tidur lebih berkualiti, masa dengan keluarga rasa lebih lama dan berkualiti. Overall, semuanya menjadi lebih baik hanya kerana saya membayar zakat bulan-bulan dan tidak menunggu setahun sekali untuk bayar," ujarnya lagi.

Tambah lelaki itu, zakat bukan hanya menyucikan harta, malah ia turut menyucikan minda, masa, serta hatinya.

zakat5

Posting tular di Twitter itu turut mendapat perhatian pihak Zakat Selangor.

Akhir bicara, dia turut memberi nasihat kepada anak muda agar mengeluarkan zakat demi kehidupan yang lebih tenang.

"Nasihat saya kepada fresh grad, sebelum fikir saving, invest, baju baharu, kopi Starbucks, kereta... tolak dahulu 2.5 peratus, bayar kepada pusat zakat anda. InsyaAllah semuanya akan terasa mudah selepas itu. Hati dan minda akan lebih tenang, InsyaAllah," ujarnya.

Perkongsian lelaki itu yang dibuat menerusi Twitter @FinancialGory meraih lebih 2,000 ulang kicau dan turut mendapat perhatian pihak Zakat Selangor.

"Alhamdulillah. Kami mohon untuk kongsi di page kami ya," ciap Twitter @ZakatSelangor pada posting itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain