suria

“Semua baby boleh tidur atas saya” - Cleopatra jadi mangsa geng otak kuning, tidurkan bayi disangka menyusu

Cleopatra sememangnya mesra dengan kanak-kanak sepanjang kempen PRU15.

NUR Fathiah Syazwana Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Cleopatra kerap menjadi buah mulut masyarakat sejak kebelakangan ini.

Ini kerana pendekatannya yang unik dan menarik perhatian ramai ketika berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Cleopatra yang bertanding atas tiket Bebas bagaimanapun tewas dalam perebutan kerusi panas Parlimen Batu dan hanya meraih kepercayaan 628 pengundi.

Antara manifesto Cleopatra adalah untuk memperkasa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat selain memperjuangkan kenaikan gaji.

Namun begitu, nama baik Cleopatra seakan-akan tercemar apabila gambarnya di Twitter yang sedang memegang seorang budak yang sedang tidur disalah erti warga maya sebagai sedang menyusu.

cleo

Antara ciapan balas warga maya.

Beberapa pelayar yang 'otak kuning' juga sempat membalas tweet berunsur lucah sehingga menimbulkan ketidakselesaan ramai.

Bercakap kepada mStar, Cleopatra tidak menyangka ciapannya di @lxcleopatraxl tular dengan naratif yang kurang sopan kerana dia sememangnya tidak mempunyai sebarang niat tidak baik.

"Sepanjang tempoh saya berkempen di Parlimen Batu untuk PRU15, saya dah pegang mungkin ratusan bayi.

"Dan semua baby walaupun newborn boleh tidur atas saya. Yang toddler pun mahu saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa Cleopatra calon bebas di Batu? Jom kenali bakal YB kerusi panas PRU15

ARTIKEL BERKAITAN: Fesyen Cleopatra bertanduk dikecam, Uyaina Arshad dah dapat ‘approval’ suami sebelum pakai

"Ada yang toddler girl cakap tak mahu balik dengan her mother sebab nak balik dengan saya," kata ibu tunggal kepada dua cahaya mata itu.

Cleopatra menjelaskan bayi di dalam gambar itu merupakan anak kepada seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sedang bekerja dan dia membantu menidurkannya.

Dia menyangkal dakwaan bahawa dirinya sedang menyusu dengan memetik komen seorang wanita di Facebook yang mengaku berada di tempat kejadian dan menjadi saksi tentang apa yang berlaku ketika itu.

"Baby hanya tidur dalam dakapan Cleo. Bukan disusukan.

"Cleo sayangkan budak-budak," tulis wanita yang bernama Ibu Lara di ruangan komen Facebook

Saya sekarang pun dah cukup kecewa dengan kekalahan saya di Batu.

Cleopatra

Cleopatra seterusnya berkongsi satu lagi komen di Facebook daripada wanita bernama Sue Lieshaa yang dikatakan juga ada bersamanya di pusat mengundi.

"Anak kecil yang digendong ini baru mula nak bercakap, selepas sedar dari dakapan tak berhenti anak kecil ini memangil 'mama mama'.

"Hanya anak syurga yang kenal keikhlasan seseorang.

"Semoga Cleo sentiasa dirahmati dan diberkati Allah SWT, Amin," tulis wanita tersebut.

Komen di Facebook yang dipetik Cleopatra.

Ketika ditanyakan apakah reaksi atau tindakannya terhadap komen sesetengah netizen yang tidak senonoh itu, dia berkata hanya menganggapnya sebagai jenaka kasar.

"Saya hanya memandangnya dari sudut positif supaya saya tidak bertambah kecewa. Saya anggap ia lawak jenaka sahaja.

"Saya sekarang pun dah cukup kecewa dengan kekalahan saya di Batu.

"Saya kena ajar diri saya untuk hidup dalam dunia politik, apa-apa komen negatif ataupun positif perlu diterima dengan hati terbuka," katanya yang merupakan seorang usahawan berjaya.

Cleopatra sememangnya sangat menyukai kanak-kanak.

Tidak mengenal erti berputus asa, Cleopatra menyatakan dia akan sekali lagi mencuba nasib pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

"Saya akan terus menabur bakti kepada masyarakat di Batu melalui saluran pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Bila tiba masanya saya akan mencari kerusi baharu yang benar-benar memerlukan khidmat saya.

"Berdasarkan pengamatan saya, Batu akan sekali lagi menjadi tumpuan orang untuk bertanding pada PRU16," katanya.

Cleopatra berkempen sebagai calon Bebas mewakili parti dengan lambang pokok.

Parlimen Batu dengan pertembungan 10 penjuru merekodkan penyertaan calon teramai untuk satu kerusi dalam PRU15.

Cleopatra juga memaklumkan dia sudah dilamar beberapa parti politik ternama yang berminat untuk mengambilnya sebagai ahli.

Pada ketika ini, dia sedang menimbang parti politik yang sehaluan dengan prinsip yang dipegang.

"Saya akan study perlembagaan mereka semua sebelum saya buat keputusan yang terbaik untuk rakyat.

Cleopatra menyantuni seorang warga emas ketika keluar berkempen.

"Itu antara sebab saya tengok kenapa kebanyakan orang sertai parti, sebagai batu loncatan untuk mereka terjun dalam politik.

"Saya akan pilih parti yang mempunyai perlembagaan yang sejati untuk betul-betul fight for rakyat," terangnya.

Dia yang merupakan pengasas Hetero Action Women Alliance (Hawa) akan menggunakan NGO itu sebagai platform untuk memperjuangkan hak rakyat.

"Saya akan teruskan mengangkat suara rakyat melalui Hawa. Saya anggap social platform itu sebagai parlimen saya untuk mengangkat suara rakyat.

"Saya akan gunakannya sehingga saya dikurniakan kemenangan pada PRU16 akan datang," kata Cleopatra mengakhiri bicara.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain