suria

[V] Sahabat lelaki ‘next level’, buat kek mi kungfu untuk BFF! Sambutan bajet hujung bulan sentuh hati netizen

Pemuda ini diraikan sempena hari ulang tahun kelahirannya.

KATA orang persahabatan antara lelaki dan lelaki lebih rapat berbanding perempuan.

Bukan sekadar sanggup susah dan senang bersama, kebiasaannya persahabatan sesama lelaki lebih ikhlas dan bertahan lama.

Menerusi TikTok, sekumpulan anak muda dipercayai penuntut sebuah institusi pengajian tinggi ini menzahirkan nilai persahabatan mereka menerusi satu video yang berjaya menarik perhatian ramai.

Rakaman yang dikongsikan individu menggunakan akaun @harith_aan di TikTok menunjukkan sambutan hari ulang tahun kelahiran salah seorang rakan mereka disambut secara sederhana dan ala kadar namun cukup bermakna.

"Hujung bulan jadi kita celebrate but save budget ya.

"Kek sekarang semua mahal-mahal. Kek birthday macam tak kenyang jadi kita buat yang lebih kenyang," tulisnya dalam video berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sambutan hari jadi bertukar pilu! Ibu tergamam permintaan anak usia 11 tahun, hanya berserah kepada Allah

ARTIKEL BERKAITAN: “Mahu jumpa kawan Seri Indah” - Budak 11 tahun buat ramai sebak, pilih persahabatan berbanding hadiah hari jadi

Apa yang menarik perhatian ialah tentang usaha mereka bersama-sama memasak di dapur untuk meraikan insan bergelar sahabat.

Malah menu mi kungfu yang dimasak mereka kelihatan begitu menyelerakan.

"First time sambut birthday member tak pakai kek.

Kalau saya macam ni pun dah terharu, at least ada juga orang ingat birthday kita.

NETIZEN

"Tukar dengan mi kung fu," ujarnya di ruangan kapsyen video.

Reaksi pemuda yang diraikan juga kelihatan terharu dengan kesungguhan rakan-rakannya.

Rata-rata netizen turut mengagumi nilai persahabatan anak muda itu.

Kata mereka bukan hadiah mahupun kek mahal yang diharapkan sebaliknya ingatan ikhlas daripada orang sekeliling.

Lelaki ini kelihatan gembira ketika memotong kek hari jadinya.

"Sejujurnya saya prefer masak untuk member time birthday.

"Tak apa dik, ni langkah permulaan untuk korang berjaya.

"Kalau saya macam ni pun dah terharu, at least ada juga orang ingat birthday kita," kata beberapa netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain