suria

Sambutan hari jadi bertukar pilu! Ibu tergamam permintaan anak usia 11 tahun, hanya berserah kepada Allah

Permintaan Laily mengejutkan semua yang hadir pada majlis sambutan hari lahir.

PERMINTAAN seorang kanak-kanak berusia 11 tahun ketika sambutan hari lahirnya pada 26 April lalu membuatkan seisi keluarganya menitiskan air mata.

Video berdurasi 1 minit 26 saat yang dikongsikan di laman sosial itu turut mengundang sebak warganet.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak lelaki umur 11 tahun dah boleh diharap mandikan bayi baru lahir, masak dan jaga ibu berpantang - “Saya sangat tegas, garang”

ARTIKEL BERKAITAN: Rai birthday rakan di siang hari, budak 9 tahun tetap ‘on’ puasa penuh! Ada sebab ibu kasi ‘lampu hijau’ pergi sambut

Mana tidaknya, permintaan kanak-kanak bernama Nur Laily Risqah Mohd Rizal itu mengejutkan semua pihak terutama ibu dan bapanya.

Hari jadi yang sepatutnya diraikan dengan penuh kegembiraan bertukar pilu.

Berkongsi cerita kepada mStar, ibu kepada kanak-kanak itu, Norlaila Narun berkata, dia dan ahli keluarga yang hadir pada majlis sambutan hari lahir tersebut tergamam sebaik mendengar permintaan anak sulungnya yang mahu dia dan bekas suami disatukan kembali.

"Ayah dia sangka Laily akan minta kebenaran untuk tinggal bersama saya kerana dia telah berjaya menjadi pengawas sekolah, tetapi sebaliknya lain pula yang berlaku.

"Sebenarnya selepas berpisah, saya dan bekas suami sudah buat keputusan supaya masing-masing menjaga dua anak dan dia mahu menjaga Laily... tapi disebabkan dapat tawaran jadi pengawas, dia izinkan Laily untuk tinggal bersama saya.

Laila mengharapkan ibu dan ayahnya kembali bersama.

Laila mengharapkan ibu dan ayahnya kembali bersama.

"Bagaimanapun, keputusan itu tidak dimaklumkan lagi kepada anak-anak termasuk Laily. Oleh itu, kami berdua terkedu dan tidak dapat berkata-kata sebaik mendengar permintaannya," jelas Laila ketika dihubungi.

Menurut wanita berusia 35 tahun itu, kematangan anaknya yang baru berusia 11 tahun juga amat mengejutkan dan di luar jangkaan.

Malah katanya, Laily seakan faham dengan situasi yang berlaku dan ketika diminta memilih sama ada mahu tinggal bersamanya atau bekas suami, Laily menyatakan dia sanggup ditempatkan dengan bapanya.

Gambar raya Laila bersama bekas suami dan anak-anaknya.

Gambar raya Laila bersama bekas suami dan anak-anaknya.

"Dia sanggup menjadi peneman ayah... sebab tidak mahu ayahnya sedih kerana perlu tinggal sendirian. Sedangkan sebelum ini dia asyik menangis kerana tidak mahu tinggal bersama bekas suami," katanya sambil menambah dia dan bekas suami berpisah pada September 2021.

Menceritakan tentang keperibadian Laily, peniaga dalam talian bagi produk coffee kurus itu, anaknya seorang yang kurang bercakap tetapi berperwatakan agak serius.

Melihatkan kematangan anaknya, Laila berkata, ia berkemungkinan disebabkan kanak-kanak tersebut sentiasa bersamanya ketika sedih mahupun gembira.

"Kalau saya ada masalah seperti tidak sihat, saya selalu berkongsi dengan dia... tapi berkenaan hubungan dengan bekas suami, dia memang tidak tahu dan hanya sedar kami berpisah selepas bekas suami sudah tidak tinggal bersama.

Laila bersama anak-anaknya.

Laila bersama keempat-empat anaknya.

"Kadang-kadang saya ada bertanya dia 'kalau ibu cari ayah lain macam mana?'. Laily jawab 'nama kakak binti Mohd Rizal sahaja tidak boleh binti orang lain'," katanya.

Menyentuh soal kehidupannya dengan bekas suami, Laila berkata, dia tidak berani untuk mengulas lanjut dan hanya berserah kepada Allah SWT.

Mesti sudah lama dia pendam hasrat itu.

NETIZEN

Video perkongsian di aplikasi TikTok menjadi tular sehingga meraih lebih 1.4 juta tontonan.

Rata-rata warganet mendoakan Laila dan bekas suami agar kembali bersama sebagai suami isteri, selain turut menyatakan anaknya sudah lama memendam hasrat berkenaan.

"Mesti sudah lama dia pendam hasrat itu.

Antara reaksi netizen.

Antara reaksi netizen.

"Permintaan yang sangat berharga bagi dia.

"Semoga impian kakak tercapai. Makcik doakan yang terbaik untuk keluarga kakak.

"Zaman kanak-kanak ni memang banyak benda yang mereka mahu. Tapi percayalah apa yang diminta itu adalah paling utama untuk dia, saya doakan ibu dan ayahnya kembali bersama.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain