suria

Apalah nasib duit KWSP! Gadis dakwa bapa tersilap ‘transfer’ lebih RM5,000 ke akaun orang lain, rayu penerima pulangkan wang

Nysa membuat hebahan di media sosial bagi meminta bantuan warganet menjejaki lelaki bernama Raj.

"HELP (tolong) tersalah transfer!"

Demikian ciapan seorang gadis di laman Twitter yang tular mengenai bapanya tersilap memindahkan wang ke akaun bank milik individu lain.

Dia kemudian memohon pertolongan warganet untuk menjejaki seorang lelaki bagi merayu individu tersebut memulangkan semula wang berkenaan.

Menerusi satu perkongsian, wanita yang dikenali sebagai Nysa berkata, bapanya secara tidak sengaja melakukan kesilapan dengan memindahkan sejumlah wang ke akaun dipercayai milik seorang lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Tersilap bank in gaji pekerja, wang dikembalikan hanya selepas 6 bulan bersama satu berita gembira - “Dia duduk di Australia”

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis resah duit misteri masuk akaun... Pemiliknya berpeluh duit ‘last kopek’ lesap, minyak kereta kering

"First thing first, ayah tersalah satu digit nombor tanpa check nama terus proceed untuk transfer. Gambar screenshot (SS) first tu saya yang check untuk semak nama orang tu," kongsinya.

Menurut Nysa, bapanya yang menetap di Terengganu melakukan transaksi pada Khamis lalu (28 April) sekitar pukul 9.30 malam di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) Bank Simpanan Nasional (BSN).

report dan slip

Salinan laporan polis dan slip resit daripada urusan transaksi yang dibuat bapanya.

Hasil semakannya selepas transaksi itu mendapati bapanya tersilap memindahkan wang berjumlah RM5,200 kepada individu bernama 'Raj'.

"Mohon warga Twitter viralkan sebab itu duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dia," tulisnya lagi.

Tambah Nysa, dia yang menetap di Kuantan, Pahang sudah membuat aduan berhubung perkara tersebut di bank di kawasannya sehari selepas kejadian.

cimb

Ciapan Nysa mendapat maklum balas daripada CIMB Bank.

"Pihak bank cakap tak boleh bagi rekod apa-apa atau kongsi maklumat orang tu sebab privasi dan salah diri sendiri.

"Last choice saya hanya dapat viralkan saja, harap ada rezeki untuk dapat balik duit," dakwanya.

Nysa turut memuat naik resit transaksi berkenaan dan juga laporan polis yang dibuat oleh bapanya. Bagaimanapun dia tidak menjelaskan mengenai penerima sebenar dan tujuan wang tersebut dipindahkan.

Pihak bank cakap tak boleh bagi rekod apa-apa atau kongsi maklumat orang tu sebab privasi dan salah diri sendiri.

NYSA

Sementara itu, ruangan bebenang menerusi ciapan Nysa menyaksikan warganet turut bersimpati dan mahu membantunya.

Selain itu, ada juga netizen yang berkongsi panduan untuk membuat aduan kepada bank berdasarkan pengalaman masing-masing.

"Saja nak kongsi pengalaman. Kalau melibatkan dua bank berbeza, mereka akan main tarik tali bila kita call tanya update progress kes dan lain-lain, malah mintak nombor kes pun susah.

KOMEN BARU

Antara netizen yang berkongsi pengalaman mengalami kes serupa dengan bapa Nysa.

"Sebulan lebih pun belum selesai, tapi once dah tag BNM (Bank Negara Malaysia) baru masing-masing gelabah dan dalam seminggu terus selesai. So good luck," komen @anassyafiqjafri.

"Saya pernah salah transfer. Masa tu dapat staf bank yang memang betul-betul tolong. Dia tak bagi sedikit pun details orang yang kita salah transfer tu cuma dia tolong saya dengan call orang tu. Kalau dapat staf bank yang tolak ansur, mesti boleh dapatkan balik kot," komen @atensugoi pula.

Sehingga kini ciapan Nysa meraih melebihi 6,000 retweet.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain