suria

Air balang Syahmi Sazli laku keras! Jurutera ini buat kira-kira hasil jualan cecah RM14,000... Siap kaji teknik marketing

PERKONGSIAN bintang YouTube terkenal Syahmi Sazli tentang jualan air dalam balang di hadapan pejabat baharunya di Kubang Kerian, Kelantan mengundang pelbagai reaksi warganet.

Mana tidaknya, menerusi perkongsian pada 25 April lalu, Syahmi memohon maaf kerana ramai yang tidak dapat membeli air jualannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis insaf berniaga depan kubur! Kakak jadi mangsa kena teman jika ada kematian, boleh COD jika pelanggan seram datang gerai

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga bundle tenang disindir tergamak jual baju lusuh, kedut harga RM890... anggap cuma pelanggan tertentu je pandai menilai

"Maaf mana yang tidak sempat (membeli) tadi, barang habis awal... tadi habis lebih kurang 860 tin susu dan 170 beg ais. Buah strawberry habis dalam 30 kilogram, insya-Allah esok akan standby lebih sikit," kata Syahmi.

Justeru salah seorang pelayar Facebook, Faridzul Asyraf Mat Ariffin yang turut tertarik dengan perkongsian tersebut membuat perkiraan pendapatan kasar yang diperoleh YouTuber yang juga pengarah filem Mael Totey The Movie itu.

Menerusi coretannya, pendapatan yang berjaya dikumpul menerusi jualan 170 beg ais dianggarkan sekitar RM14,000.

Antara tips yang dikongsikan Faridzul.

Syahmi Sazli selalu membuat live mempromosikan air jualannya.

"Seronok tengok dia (Syahmi Sazli) berniaga, 170 beg ais lebih kurang 80 hingga 85 balang dan dia jual RM5 sebungkus. Satu balang boleh dapat 35 hingga 40 bungkus, jadi pendapatan kasar adalah RM12,000 hingga RM14,000.

"Seronok kira jualan orang, cuma posting saya kali ini adalah berkenaan apa yang kita boleh belajar (daripada jualan Syahmi)," katanya ringkas.

Faridzul kemudiannya mengupas setiap gerak-geri yang dilakukan YouTuber berkenaan sepanjang dia menjual air balang pada bulan Ramadan.

Menerusi perkongsiannya itu, terdapat lima cara bagaimana jualan dapat ditingkatkan sekali gus memberi pulangan lumayan.

Syahmi Sazli selalu membuat live mempromosikan air jualannya.

Syahmi Sazli selalu membuat live mempromosikan air jualannya.

"Hari-hari buat live (media sosial). Dia mula berniaga pada 13 April di hadapan pejabat. Tengok gambar pertama, hari pertama tiada orang beratur pun... jadi dia buat live. Hari kedua sudah ada yang mula beratur.

"Kita kalau disuruh buat live tidak mahu dengan alasan bukan orang glamour dan tiada siapa nak tengok," ujarnya sambil berkata, siaran langsung perlu dilakukan sesiapa sahaja supaya masyarakat sedar tentang jualan yang dilakukan.

Dia yang juga bekas pelajar Jurusan Kejuruteraan Elektrikal kemudian memaklumkan bahawa, strategi Syahmi menunjukkan air jualan serta pengguaan bahan-bahan seperti ais krim dan straberry segar berjaya menarik minat pembeli.

Jelasnya, semasa sesi live tersebut, pelayar media sosial dapat melihat susu dimasukkan sepenuhnya ke dalam balang air di samping ais krim.

Hari pertama pengoperasian.

Hari pertama pengoperasian.

"Susu satu balang 10 tin, tiada air gula. Lepas tu masuk ais krim... saya yang berada di luar Kelantan pun teliur tengok dan rasa mahu pergi beli terus.

"Kita meniaga air balang, kena pastikan persediaan terbaik. Masa puasa ni kita kena 'jual' kepada mata dulu, orang tengok sedap di mata dia beli. Sedap kena tekak, esok dia ulang beli.

"Selain itu, kena selalu evolve. Daripada hari pertama hingga semalam dia dapat jual hingga 75 balang. Selalu ada menu baru, harga baru. Dulu RM3 dan RM5, tengok yang banyak demand RM5 dia maintain yang tu sahaja.

"Kita menjual air balang kena sentiasa mencuba apa yang sesuai. Jangan takut! Tengok kawasan kita suka air apa, ada permintaan kita teruskan, kalau tiada kita tukar yang lain," jelasnya lagi.

Mulut kena manis apabila berniaga, kalau malu kena letak orang yang tidak malu di depan.

FARIDZUL ASYRAF

Berdasarkan pemerhatian, Faridzul memberitahu pihak terbabit juga sering mengucapkan kata maaf kepada pelanggan kerana terpaksa menunggu lama.

"Tengok video dia, isterinya sentiasa minta maaf sebab lama pelanggan tunggu. Itu kuasa yang pelanggan dengar pun sejuk hati... ni mencuka masam sebab penat, orang beratur pun penat juga tau. Mulut kena manis kalau berniaga, kalau malu kena letak orang yang tidak malu di depan.

"Pada masa sama operasi jualan mestilah tip top," tegasnya yang pada awalnya ragu-ragu apabila mengetahui Syahmi Sazli menggunakan 170 beg ais dalam jualan satu hari.

Justeru, katanya, peniaga lain perlu mempelajari selok belok operasi jualan yang dilakukan individu ternama itu kerana bukan mudah untuk handle 170 beg ais dalam tempoh yang singkat.

Live penyediaan air balang turut membantu meningkatkan jualan.

Live penyediaan air balang turut membantu meningkatkan jualan.

"Saya tengok ada 10 balang di depan dan di belakang ada standby lima hingga enam balang lagi. Air ada empat jenis, jadi mudah untuk mereka lancarkan operasi. Walaupun ada yang sudah berniaga lima hingga enam tahun, tapi paling banyak jualan adalah 40 beg ais.

"Jadi kena belajar bagaimana operasi dia lakukan, bukan condemn tetapi kita belajar itu saja lima point yang saya nampak. Ya, dia influencer ada unfair advantage tapi kalau influencer semata-mata tapi rasa dan harga kelaut orang tidak akan ulang beli mahupun sokong," luahnya.

Terdahulu, hantaran di Facebook Faridzul mendapat lebih 2,900 tanda suka selain dikongsi lebih 2,800 pelayar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain