suria

Siapa Cleopatra calon bebas di Batu? Jom kenali bakal YB kerusi panas PRU15

Cleopatra mahu perjuangkan nasib rakyat di Parlimen Batu.

PERTEMBUNGAN 10 penjuru bagi kerusi di Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pastinya mengejutkan ramai pihak sekali gus menjadikannya antara ‘kerusi panas’ yang menjadi tumpuan.

Parlimen Batu dianggarkan memiliki 112,000 pengundi selepas diambil kira pengundi 18 tahun dan pendaftaran secara automatik yang mana berdasarkan pecahan undi mengikut kaum di kawasan itu adalah 43 peratus Melayu, Cina (30%), India (20%), dan 7% bagi lain-lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Mula-mula mak ayah tak restu, risau tiada masa depan... Graduan perubatan buktikan keupayaan diri, jadikan seni sebagai kerjaya

Nama gah dalam politik seperti Tian Chua (Bebas), Datuk A Kohilan Pillay (Barisan Nasional), Azhar Yahya (Perikatan Nasional) dan P Prabakaran (PKR) sudah disahkan bertanding.

Namun terdapat seorang lagi nama yang tidak asing dan sering menjadi perhatian iaitu Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin atau Cleopatra yang bertanding atas tiket Bebas dengan logo pokok.

Semasa penamaan calon pada 5 November lalu.

Semasa penamaan calon pada 5 November lalu.

Menyusuri latar belakang Cleopatra, pasti ramai yang merasakan beliau layak untuk menerajui kerusi panas berkenaan.

Iayalah, selain menjadi ibu tunggal kepada dua cahaya mata pada usianya yang sangat muda, dia juga memainkan peranan dan menggalas tanggungjawab terhadap ibu, nenek dan dua lagi adiknya.

Malah perjalanan hidupnya dikatakan penuh dengan ranjau duri sekali gus menampakkan dia sebagai tokoh terbaik untuk memimpin!

Berdasarkan perkongsian, Cleopatra mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam industri keselamatan dan pertahanan selain turut terbabit secara langsung sebagai individu utama dalam perancangan bidang berkenaan meskipun pendidikannya pernah terhenti kerana berkahwin di usia muda.

Cleopatra aktif sebagai aktivis masyarakat dan membantu masyarakat memerlukan.

Cleopatra aktif sebagai aktivis masyarakat dan membantu masyarakat memerlukan.

Dia juga merupakan Pengarah Raffles Force (Malaysia) Sdn Bhd yang dilantik pada 2021 sehingga kini di samping menyandang jawatan sebagai Pengarah Nova Defence Sdn Bhd sejak 2019.

Ketangkasan dan kewibawaannya dapat dilihat dalam bidang perniagaan apabila menjadi seorang usahawan yang berjaya serta sering menjadi rujukan dalam kalangan peniaga baharu.

Malah kesibukan diri dalam tugasan harian, tidak menghalang anak kelahiran Pulau Pinang ini terlibat dengan kerja-kerja amal seterusnya menjadi pengasas kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Antaranya Pertubuhan Tindakan Perikatan Wanita Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Hetero Action Women Alliance (Hawa).

Difahamkan sebelum menubuhkan Hawa, dia banyak terbabit dalam aktiviti kemasyarakatan, kebajikan dan sosial serta pernah menyelesaikan pelbagai isu mahupun keperluan rakyat tanpa mengira bangsa, agama.

Merupakan seorang ibu tunggal kepada dua cahaya mata.

Merupakan seorang ibu tunggal kepada dua cahaya mata.

Justeru, sebagai aktivis yang begitu dekat dengan kehidupan dan kebajikan masyarakat, Cleopatra merasakan bidang politik merupakan platform terbaik untuknya meneruskan ‘perjuangan’ membela nasib rakyat sejajar tagline ‘Batu Baru’ yang dilaungkannya.

Terdahulu, dia menyatakan pembabitan dalam arena politik adalah untuk membantu meningkatkan kualiti pendidikan, aktiviti ekonomi, kebajikan, infrastruktur, keselamatan dan kesejahteraan penduduk Batu.

Dia juga mahu menjadi mata dan telinga rakyat dalam mengemukakan sebarang permasalahan bagi memacu ke arah transformasi politik matang di Malaysia.

Dalam pada itu, hasil semakan mendapati Cleopatra merupakan graduan dari London Teacher Training College, United Kingdom dan kini sedang menyambung pengajian dalam bidang perundangan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain