suria

[V] Cikgu panggil pergi sekolah, ibu terkedu tengok tangan anak bengkok! Ingatkan terjatuh, rupanya kawan tolak

Tangkap layar video dikongsikan oleh Nirwana menunjukkan tangan anaknya yang bengkok.

ALANGKAH luluh hati seorang ibu apabila mendapat perkhabaran mengenai kemalangan menimpa anaknya di sekolah.

Berita buruk anaknya mengalami kecederaan yang serius ini dimaklumkan oleh seorang guru melalui panggilan telefon.

Menurut ibu kepada mangsa, Nirwana, dia bergegas ke sekolah sebaik sahaja mengetahui tentang kemalangan yang menimpa anak lelakinya itu yang dikatakan terjatuh.

Apabila tiba di sekolah, Nirwana mendapati tangan kiri anaknya bengkok dan nampak seperti sudah patah.

"Sakit yang tiada tandingan apabila dapat tahu anak saya patah tangan dekat sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN: Mula-mula londeh seluar, kemudian tendang perut! Kanak-kanak perempuan trauma jadi mangsa buli di tadika... Ibu nak lapor polis

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Dahsyat mangsa buli berimaginasi! Abang terkedu terjumpa koleksi ‘lukisan berdarah’ adik perempuan

"Tiba-tiba cikgu dia call. Anak saya jatuh. Allahu," tulisnya pada video tersebut.

Video tersebut meraih perhatian warga maya yang rata-ratanya bimbang melihat keadaan mengerikan tangan kanak-kanak itu yang terkulai.

Bercerita lanjut mengenai detik kejadian, Nirwana berkata anaknya sedang menunggu suaminya untuk dijemput pulang dari sekolah.

Bagaimanapun, terdapat seorang budak menolak anaknya dari arah belakang sehingga mengakibatkan kecederaan tersebut terjadi.

Pihak sekolah menghubungi ambulans bagi mendapatkan rawatan segera setelah berlakunya kemalangan itu.

Melawak kasar tu. Allahuakbar tengok pun dah seriau.

NETIZEN

Dalam video kedua yang dimuat naik, kelihatan seorang pegawai perubatan membawa kit pertolongan cemas bagi memberikan rawatan awal kepada kanak-kanak itu yang sedang menangis di sisi bapanya.

"Masa balik sekolah kawan dia tolak dari belakang.

"Pihak sekolah langsung call ambulans untuk segera datang.

"Masa tu ayah dia pun dalam perjalanan nak jemput anak balik sekolah," jelasnya dalam video dimuat naik.

Sebaik sahaja video itu menjadi tular sehingga ditonton lebih 660,000 setelah disiarkan, rata-rata netizen bersimpati dengan nasib kanak-kanak tersebut.

Keadaan terakhir dikongsikan oleh si ibu di TikTok.

Dalam pada itu, netizen juga berharap ibu bapa di luar sana agar menasihati anak masing-masing supaya menjaga tingkah laku di sekolah atau di mana sahaja mereka berada.

Semakan mStar di ruangan komen mendapati ramai ibu bapa yang turut berkongsi mengenai pengalaman hampir sama terjadi kepada anak mereka ketika di sekolah.

"Gurau pelik-pelik budak sekolah ni. Semoga cepat sembuh.

"Adui sakitnya! Sebagai seorang ibu, air mata mengalir (mengenangkan) betapa sakitnya adik. Ini yang ditakutkan apabila hantar anak pergi sekolah.

"Melawak kasar tu. Allahuakbar tengok pun dah seriau. Semoga cepat sembuh.

Komen netizen di TikTok.

Tiada sebarang maklumat lanjut dikongsikan oleh ibunya berhubung lokasi mahupun masa kejadian.

Hantaran terakhir wanita ini di TikTok menunjukkan anaknya menangis teresak-esak setelah tangannya dibalut kain anduh di sebuah hospital.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain