suria

Mula-mula londeh seluar, kemudian tendang perut! Kanak-kanak perempuan trauma jadi mangsa buli di tadika... Ibu nak lapor polis

Ibu Ayra berkongsi foto di Instagram menunjukkan kesan lebam di wajah akibat dibuli.

MASALAH buli di sekolah bagaikan tiada penghujungnya.

Malah dalam sesetengah kes, ia boleh menjejaskan masa depan mangsa kerana trauma untuk ke sekolah.

Begitulah yang terjadi kepada kanak-kanak bernama Ayra yang didakwa menjadi mangsa buli di sebuah sekolah di Seri Kembangan, Selangor.

Dakwaan itu dibuat ibunya, Intan menerusi satu perkongsian di Instagram.

“Anak perempuan saya, Ayra menghadiri sebuah tadika berteraskan Islamik sejak pertengahan tahun.

“Sejak menyertai sekolah tu, Ayra menjadi mangsa buli. Setiap hari dia menangis dan enggan pergi ke sekolah kerana takut.

“Sudah beberapa kali Ayra memberitahu dia ditendang di perut, dan seluarnya ditarik ke bawah hingga mendedahkan bahagian belakangnya untuk tatapan seluruh kelas,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Hantaran asal oleh Intan di Instagram.

Menurut Intan lagi, dia pernah membuat aduan kepada guru kelas anaknya selain bercakap sendiri dengan penjaga kanak-kanak yang membuli namun tiada sebarang tindakan diambil.

Malah permintaannya untuk bersemuka dengan ibu bapa kanak-kanak terbabit tidak dilayan.

“Alasan terbaik yang mereka boleh berikan kepada saya ialah perkara itu sudah dimaklumkan kepada ibu bapa kanak-kanak terbabit serta melaporkan perkara itu kepada ibu pejabat.

"Secara jujurnya tidak ada gunanya kerana anak saya terus menjadi mangsa," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi kisah pernah jadi mangsa buli, Tengku Hassanal kesal rakyat Pahang bergaduh - “Pelajar sekolah, tolong jangan pukul orang!”

ARTIKEL BERKAITAN: Kes uniform pelajar MRSM digunting terus misteri! Pelakunya masih bebas, dah berani potong rambut mangsa ketika tidur

Namun ujar Intan kesabarannya sudah sampai kemuncak apabila mendapati kesan lebam pada wajah anaknya selepas dia pulang dari sekolah.

“Hari ini adalah yang terakhir. Ayra pulang dengan kesan lebam berwarna ungu di muka. Sebelum itu gurunya menghantar mesej kepada saya mengatakan dia ditolak oleh pembuli sama dan jatuh ketika bermain bersama.

“Katanya dia telah meletakkan ais (pada bahagian lebam) dan dalam mesejnya dia seumpama mengambil ringan mengenai kecederaan itu,” ujarnya lagi.

Susulan itu si ibu menyatakan dia akan membuat laporan polis mengenai kes buli berkenaan.

Apakah jenis masyarakat yang kita nak didik jika kanak-kanak berumur enam tahun bertindak ganas?

INTAN

“Saya akan membuat laporan polis mengenai perkara ini dan saya menggesa anda untuk berkongsi perkara ini supaya kita sebagai ibu bapa menyedari apa yang anak-anak kita lakukan atau hadapi di sekolah.

“Ayra baru enam tahun, begitu juga dengan kanak-kanak yang melakukan buki ini kepadanya. Apakah jenis masyarakat yang kita nak didik jika kanak-kanak berumur enam tahun bertindak ganas terhadap rakan sekelas mereka sehingga trauma.

“Saya menggesa anda untuk membantu berkongsi perkara ini dan mungkin pihak sekolah akan mengambil tindakan positif terhadap kes buli,” ujar si ibu lagi.

Hantaran tersebut menjadi tular di media sosial apabila dikongsikan oleh Intan sehingga meraih lebih 13,000 tanda suka dan dipenuhi hampir 400 komen.

Komen netizen di Instagram.

Rata-rata warga maya turut bersetuju dengan tindakan Intan untuk meneruskan dengan laporan polis demi membela nasib anaknya.

“Kasihan saya mendengarnya. Sila teruskan dengan laporan polis supaya sekolah sekurang-kurangnya memberi perhatian yang lebih kepada isu pembuli.

“Geram sungguh dengan parents kepada pembuli ni. Buli bermula dari rumah. Kasihan betul apabila anak-anak membesar jadi pembuli ni.

“Dedahkan nama sekolah tu dan buat laporan polis,” komen beberapa netizen mengenai hantaran berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain