suria

[V] “Safety ke laut” - Dua beradik takut-takut naik flying fox! Abang ‘ditugaskan’ lindungi adik sambil pegang kamera rakam momen

Dua kanak-kanak melakukan aktiviti flying fox.

SELEPAS kecoh insiden seorang wanita mendukung anak ketika bermain flying fox, kini tular pula video membabitkan dua kanak-kanak melakukan aktiviti ekstrem itu.

Video yang tular sejak hujung minggu itu menunjukkan dua kanak-kanak lelaki dan perempuan, dipercayai adik-beradik berpaut antara satu sama lain melakukan aktiviti flying fox.

Aktiviti itu dipercayai dilakukan di Kuala Kubu Bharu, Selangor, iaitu lokasi sama melibatkan wanita yang bermain flying fox bersama anaknya.

Menerusi video tersebut, kanak-kanak lelaki itu dilihat memakai kelengkapan keselamatan termasuk topi keledar keselamatan.

Begitu juga dengan kanak-kanak perempuan yang bersamanya, tetapi si cilik itu tidak dipakaikan sebarang alat keselamatan untuk melindungi kepalanya.

Apa yang lebih mengejutkan, ketika melakukan aktiviti itu, kedua-dua tangan kanak-kanak lelaki itu tidak berpaut pada tali atau kelengkapan keselamatan.

Ini kerana, tangan kirinya memeluk si adik, manakala sebelah tangan lagi terpaksa memegang peranti yang merakamkan aktiviti mereka.

budak flying fox 6

Dua kanak-kanak ini melakukan aktiviti ekstrem tanpa pengawasan orang dewasa.

Video berdurasi seminit yang dikongsi di sebuah akaun Facebook itu membangkitkan kemarahan netizen terhadap ibu bapa kanak-kanak berkenaan yang disifatkan membahayakan anak-anak mereka.

"Helmet tu pun bukan saiz kepala budak-budak Lepas tu dua-dua naik sekali? Allahuakbar, orang lain yang tak ada anak ni, beria-ia nak anak. Anda yang ada anak, mempertaruhkan nyawa anak macam tu je hanya kerana nak suka-suka? Nak ajar anak jadi berani ni, banyak lagi cara lain.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] "Nanti kita tegur kata dengki" - Tiada helmet, 2 nyawa bergantung pada satu tali! Ibu dukung anak naik flying fox dikecam

ARTIKEL BERKAITAN: Berhijab tapi mencarut! Reaksi wanita ketika naik flying fox undang kecaman, ada yang kata macam 'takut dibuat-buat'

"Allahuakhbar... tak sayang anak ke? Orang lain susah nak dapat. Kau senang-senang nak bagi anak buat macam tu.

"Kami laki bini kaki outdoor, tapi mulut bising takut tak boleh itu ini. Takut bahayakan anak-anak. Adoi seram tengok dan lebih kasihan kat budak-budak.

"Astagfirulahaladzim. Kecil perut ni masa tengok video ni dok risau budak-budak tu jatuh ya Allah. Seramnya ya Allah. Safety semua 'ke laut' (diabaikan)!" demikian antara komen netizen.

Nak ajar anak jadi berani ni, banyak lagi cara lain.

NETIZEN

Pada masa sama, segelintir netizen mempersoalkan bagaimana pengendali atau penganjur aktiviti lasak itu membenarkan dua kanak-kanak ini melakukan aktiviti tersebut bersendirian.

"Macam mana operator boleh bagi budak-budak main?

"Macam mana tempat ni boleh lepas tanpa pengawasan dewasa?" soal netizen lagi.

budak flying fox 5

Antara komen netizen.

Sehingga kini, video tersebut dikongsi lebih 2,700 kali.

Susulan tular video ibu dan anak melakukan aktiviti flying fox dipercayai dilakukan di Kuala Kubu Bharu, polis telah membuka kertas siasatan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah dilaporkan berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung video tular berkaitan kejadian itu.

"Balai Polis Kuala Kubu Bharu menerima laporan berhubung video tular memaparkan seorang wanita melakukan aktiviti sukan lasak yang berbahaya (flying fox) sambil memegang anak dengan mengabaikan keselamatan dirinya dan kanak-kanak itu.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan isu yang sedang tular itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641223," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain