suria

[V] “Mereka dah lama rancang, mummy je lalai”- Ibu terduduk di sofa, ‘anak kreatif’ buat tingkat atas rumah 2 tingkat banjir

Keadaan banjir di tingkat atas kediaman dua tingkat.

MUSIM hujan sejak kebelakangan ini menyebabkan air naik mendadak di banyak lokasi.

Keadaan itu ternyata merisaukan penduduk terutama yang berada di kawasan rendah dan sering terjejas akibat banjir.

Bagi keluarga ini, insiden 'banjir' yang dialami mereka ternyata luar biasa kerana kediaman dua tingkat mereka yang dinaiki air bermula dari tingkat atas.

Berkongsi cerita kepada mStar, Rose Zainol berkata, kejadian berlaku di kediaman jenis semi-D dua tingkat di Alam Impian, Shah Alam, Selangor pada petang Rabu lalu.

Wanita berusia 40 tahun ini memberitahu, dia hanya menyedari perkara itu sebaik pulang ke rumah bersama suaminya.

"Setibanya di rumah, saya naik tangga untuk ke tingkat satu. Saya terkejut lihat separuh tangga sudah dipenuhi air.

"Saya bergegas ke tingkat atas, habis lantai dimasuki air, karpet di ruang tamu dan tiga bilik tidur basah. Air di balkoni cecah paras atas dari buku lali," katanya ketika dihubungi.

banjir tingkat satu 5

Antara barang yang perlu diselamatkan daripada terkena 'banjir.

Menurut Rose Zainol, dia pada mulanya tidak menyangka banjir boleh berlaku di kediaman dua tingkatnya meskipun hujan lebat pada hari kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak hujan tapi rumah 'banjir' paras buku lali di lewat malam, sejam bersihkan ruang dapur sendirian... mana tidaknya tahi kucing terapung di sana-sini!

ARTIKEL BERKAITAN: Padah nak gambar meletop punya pasal... baju pengantin lencun, duit melayang, "Habis banjir laluan ke bilik hotel, sampai bomba datang"

"Masa tu saya sedar lubang saluran air di balkoni ditutup dengan pasu bunga menyebabkan tadahan air hujan tidak dapat keluar sehingga masuk ke dalam rumah.

"Suami cepat-cepat tarik pasu untuk air keluar ikut saluran, manakala saya terduduk di sofa sambil termenung fikir kejadian yang berlaku," ujarnya yang berasal dari Langkawi, Kedah.

banjir tingkat satu 4

Suami Rose Zainol menarik pasu bunga bagi membolehkan air keluar melalui lubang.

Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia sebenarnya menyedari terdapat perubahan lokasi pasu bunga di balkoni sejak beberapa hari sebelum kejadian.

"Anak yang ketiga dan keempat, berusia empat dan lapan tahun ada beritahuyang mereka nak mandi di kolam renang. Jadi mereka tarik pasu bunga untuk tutup lubang air.

"Masa tu saya tak syak perubahan pasu bunga menjadi punca kepada banjir di tingkat satu,” katanya sambil menambah mereka sekeluarga membersihkan bahagian rumah yang terjejas.

banjir tingkat satu 2

Kerja-kerja pembersihan dijalankan.

Bagaimanapun kata Rose Zainol, hasil siasatan 'dalaman' turut mendedahkan penutupan saluran air membolehkan anak-anaknya menjadikan balkoni sebagai 'kolam renang'.

"Saya pula selalu ajar anak-anak mandi hujan, kata orang-orang tua biarkan hujan turun selama 10 minit, barulah boleh pergi mandi di luar.

Kalau kami tak balik rumah lagi sejam, air mungkin melimpah turun ke ruang tamu di tingkat bawah.

ROSE ZAINOL

"Rumah saya pula tak ada kolam renang, jadi anak-anak saya nak buat kolam renang mereka sendiri. Mereka dah lama rancang, saya yang lalai.

"Nak marah anak-anak pun tak boleh sebab saya juga yang sering ajak mereka mandi tengah hujan, kadang-kadang tu ayah mereka pun join sekali," ujarnya secara berseloroh.

banjir tingkat satu 1

Rose Zainol (dua, kiri) dan suami (kiri) bersama anak ketiga dan keempat.

Walau bagaimanapun, ahli perniagaan itu bersyukur kerana mereka pulang ke rumah lebih awal pada hari kejadian, sekal gus dapat mengelakkan perkara lebih serius berlaku.

"Kalau kami tak balik rumah lagi sejam, air mungkin melimpah turun ke ruang tamu di tingkat bawah. Jenuh pula nak bersihkan, di tingkat atas pun penat bergotong-royong.

"Saya reda dengan apa yang berlaku. Tapi disebabkan anak-anak saya ni kreatif sangat, sebelum keluar rumah kami akan periksa dulu lubang air di balkoni tidak ditutup untuk elak kejadian berulang," katanya.

Video kejadian 'banjir' di rumah Rose Zainol meraih l.5 juta tontonan di TikTok.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain