suria

[V] Percaya boleh rawat sakit saraf, keluarga ini ikhtiar timbus bapa dalam pasir pantai... Siap bawa jengkaut gali lubang!

Keluarga ini berikhtiar supaya bapa mereka kembali sembuh.

JANGAN sesekali berputus asa kerana setiap apa yang diusahakan pasti akan berhasil, dengan izinNya.

Begitu juga dalam salam perubatan, kita digalakkan untuk berikhtiar sedaya mungkin bagi mengubati penyakit selagi hayat dikandung badan.

Seperti keluarga ini, mereka dilihat membawa seorang lelaki warga emas yang dipercayai menghidap strok bagi menjalani terapi di tepi pantai.

Perkongsian menerusi beberapa video TikTok @sueee_89 ternyata menarik perhatian ramai yang tertanya-tanya tentang kaedah terapi dengan menanam sebahagian badan di dalam pasir pantai ketika waktu panas.

"Asalnya mentua tak larat dan tak boleh jalan mana-mana, apabila tanam dah gagah semula boleh berjalan.

"Alhamdulillah memang lepas tanam dia segar sedikit dan santai-santai," kata pemilik video itu yang dikenali sebagai Suliana Ismail.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Anak saudara kerah kudrat pakcik ajak main pasir pantai, mujur berbaloi penat sebab ramai puji - “Meja dia limited edition”

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Apa kes abang J&T bawa lori sampai ke pantai? Netizen syak sesat guna Waze... “Siapa yang salah letak alamat ni”

Untuk makluman, kaedah berkenaan dipercayai sebagai satu bentuk rawatan alternatif untuk pesakit strok dipanggil sebagai mandian garam bagi mengaktifkan dan memulihkan saraf-saraf terjejas.

Pesakit akan ditanam di dalam pasir di pantai bermula dari awal pagi sehingga ke tengah hari.

Selain itu, pasir yang panas dikatakan akan membantu melancarkan peredaran darah.

Ini family-in-law punya, kalau orang luar nak guna khidmat dia memang akan charge.

Suliana ismail

Dalam pada itu, apa yang lebih menarik perhatian ramai ialah keluarga ini mendapatkan khidmat jengkaut bagi memudahkan urusan mengorek lubang di Pantai Sungai Ular di Kuantan, Pahang.

Malah keluarga ini sempat berkelah sementara menunggu kerja-kerja mengorek selesai.

Difahamkan jentera itu adalah milik ahli mereka dan perkhidmatan tersebut diberikan secara percuma.

Jengkaut milik ahli keluarga bantu menggali lubang.

Ujar Suliana, mentuanya sudah beberapa kali menjalani kaedah berkenaan selain turut mendapatkan rawatan moden di hospital.

Netizen di ruangan komen menzahirkan rasa kagum dengan komitmen keluarga itu untuk merawat bapa mereka.

"Usaha untuk orang yang tersayang tu yang penting. Selebihnya kita doa minta dengan Allah. Janji usaha.

Antara komen netizen.

"Hebat kesemuanya dari ayah sampai ke anak, tahniah semua. Untuk pakcik, moga cepat sembuh, amin.

"Kenapa aku pula sedih, tahniah pakcik berjaya didik anak-anak pakcik menjadi anak yang soleh dan solehah," kata sebahagian warga maya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain