suria

[V] Sampai kurus dia kerjakan! Lelaki kantoi petik daun betik senyap-senyap... Netizen husnuzon, anggap pelaku curi untuk berubat

Tangkap layar rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki memetik daun betik milik jirannya.

ADAB dan sifat bertimbang rasa sepatutnya menjadi keutamaan apabila hidup berjiran.

Sudah pasti kehidupan lebih selamat dan selesa jika kita pandai menjaga keharmonian hidup sebagai satu komuniti berjiran.

Namun, perkongsian seorang wanita menunjukkan sebaliknya apabila jirannya 'ditangkap' melakukan perbuatan khianat pada harta bendanya.

Menurutnya, sejak kebelakangan ini dia menyedari pokok betik yang ditanam di belakang rumah kelihatan semakin ‘kurus’.

Malah pokok yang ditanam di dalam bekas plastik itu kelihatan masih muda dan berketinggian paras dada lelaki dewasa.

Atas dasar rasa ingin tahu tentang apa yang berlaku kepada tumbuhan itu, pemiliknya memasang sebuah kamera litar tertutup (CCTV) di belakang rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Pencuri tenang, selamba angkut tong gas panjat pagar! Tapi netizen tak simpati... “Bagus, akak buat syarat pertama rakam dulu”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita seram tengok CCTV! Nampak pak guard pecah masuk rumah, selamba buka baju, seluar... siap ‘cari’ guna WhatsApp call

“Sejak akhir-akhir ni pokok betik kami semakin kurus.

“Jadi kami pasang sebuah CCTV,” tulisnya dalam video tular.

Akhirnya taktik wanita itu untuk mengetahui hal sebenar berhasil apabila CCTV berkenaan merakamkan perbuatan seorang lelaki.

Tanpa menyedari kewujudan CCTV, lelaki berkenaan dilihat memetik beberapa helai daun pokok betik yang dimaksudkan pemiliknya.

Komen netizen di TikTok.

Lelaki itu kemudiannya beredar pergi tanpa rasa bersalah setelah memetik daun pokok berkenaan.

Susulan itu wanita tersebut memaklumkan dia sudah meletakkan notis bertulis pada pokok betik tersebut bagi memohon kerjasama sesiapa sahaja termasuk lelaki yang dirakam di CCTV agar tidak terus melakukan perkara tersebut.

Hingga kini perkongsian rakaman itu di TikTok meraih lebih 470,000 tontonan serta hampir 500 komen.

Daun betik boleh membantu melawan penyakit... anda harus tanam lebih banyak.

NETIZEN

Sementara itu di ruangan komen, netizen melahirkan pelbagai reaksi terhadap perlakuan lelaki dalam video berkenaan.

Walaupun ramai yang mengecam kerana melakukan kerosakan pada tanaman orang, namun ada juga yang cuba bersangka baik atau husnuzon demi memahami isi hati pelaku berkenaan.

Netizen beranggapan kononnya lelaki berkenaan mengambil daun betik itu untuk tujuan rawatan secara tradisional.

Wanita ini menyatakan bahawa dia telah meletakkan tanda larangan sebelum ini.

“Daun betik boleh membantu melawan penyakit. Anda harus tanam lebih banyak kerana ia boleh membantu orang lain. Anggap saja sebagai tanda anda melakukan perbuatan baik.

“Daun betik yang rebus dengan air boleh mengubati denggi. Ada orang Melayu guna untuk masak lauk, tapi tak ramai yang tahu makan,” ujar netizen di ruangan komen.

Berdasarkan tanda pagar digunakan dalam kapsyen video, dipercayai kejadian berkenaan berlaku di Singapura.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain