suria

MasyaAllah! Pesakit baru meninggal berbau wangi, doktor tak boleh lupa pengalaman bilik ICU... Doa diberi kematian husnul khatimah

Setiap orang pasti berhajat agar dijemput Ilahi dalam keadaan yang tenang dan mudah.

HARIMAU mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Pemergian kita dari dunia ini pastinya diharapkan dalam keadaan yang baik dan disenangi ramai atau disebut 'husnul khatimah'.

Begitulah kisah yang dikongsikan @DrAinunNasihah melalui ciapannya di Twitter apabila dia menempuh pengalaman yang membuka matanya tentang kematian.

Tangkap layar ciapan wanita yang berkongsi kisahnya ketika di hospital sebagai doktor bius.

Cerita Dr Ainun yang merupakan seorang doktor bius, segalanya bermula apabila seorang pesakit baru sahaja meninggal dunia di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital dipercayai tempat dia berkhidmat.

Ujarnya ketika jururawat sedang membuat persiapan sewajarnya untuk menghantar jenazah ke bilik mayat, haruman yang semerbak mula menyelubungi ruang berkenaan secara tiba-tiba.

"Saya bau satu wangian bunga yang sangat menyenangkan sehingga saya tidak mampu untuk menggambarkannya dengan kata-kata.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengakhiran mulia... Ustaz kongsi kisah jenazah seolah bersyahadah ketika dimandikan, anak usia 14 tahun imamkan solat - “Jari telunjuknya sedikit pun tak berubah”

ARTIKEL BERKAITAN: "Pakcik Abdul Kadir berhati mulia" dijemput Ilahi semasa selamatkan kucing

"Saya ada bertanya orang di sekeliling sama ada mereka menggunakan sebarang minyak wangi, tapi masing-masing mengatakan tidak.

"Bukan saya seorang sahaja yang menghidu wangian itu, ada beberapa orang lain yang turut sama bau wangian itu," tulisnya.

Mengakui dia merupakan seorang pengumpul minyak wangi, Dr Ainun bagaimanapun berkata haruman di dalam ICU itu sememangnya adalah sesuatu yang luar biasa.

Boleh dikatakan tak ada satu pun boleh disamakan dengan haruman yang saya bau dalam ICU itu.

AINUN NASIHAH

"Saya memang meminati minyak wangi, saya ada mengumpul beberapa minyak wangi sebagai koleksi.

"Dan saya boleh katakan tak ada satu pun yang boleh disamakan dengan haruman yang saya bau dalam ICU itu.

"Haruman itu macam campuran bunga mawar dan kasturi. Sangat wangi dan saya tak nak lupakan bau itu," ujarnya.

Selain itu, Dr Ainun berkata jika diberikan peluang dia ingin mengambil haruman tersebut dan meletakkannya dalam botol untuk simpanan diri sendiri.

Bagaimanapun ujar Dr Ainun lagi, haruman yang dihidunya itu hanya terdapat dalam bilik yang menempatkan jenazah pesakit berkenaan.

Satu wangian yang dikatakan mempunyai campuran aroma bunga ros dan kasturi. Gambar hiasan

"Bau dia memang localize dalam bilik arwah itu je. Keluar je pintu memang tak ada bau.

"Semoga Allah merahmati arwah dan menempatkan arwah bersama orang-orang soleh. Amin," doanya kepada pesakit yang telah meninggal dunia itu.

Dalam pada itu Dr Ainun memberitahu kejadian yang dilaluinya membuatkan dia menilai semula kesediaan andai dijemput ke negeri abadi kelak.

Kejadian yang menginsafkan itu telah menyebabkan wanita ini bermuhasabah diri.

"Sekarang saya rasa sebak. Semoga Allah menganugerahkan kita dengan pengakhiran husnul khatimah. Semoga Allah mengampunkan segala dosa kita.

"Semoga Allah menghindarkan kita daripada azab dan menghadiahkan syurga kepada kita tanpa hisab," doanya.

Perkongsian Dr Ainun menarik perhatian ramai hingga ada yang turut berkongsi berdepan pengalaman sama.

Seorang netizen menceritakan dia menghidu haruman semerbak ketika mengebumikan arwah bapa saudaranya.

Seorang netizen turut melalui pengalaman sama ketika berada di sebuah tanah perkuburan. Gambar hiasan

"My uncle meninggal few weeks ago. Sepanjang pengebumian dia, area tu smells so good.

"I pelik tapi diam. Apabila on the way nak ke kereta ambil barang, bau tu tak ada. Apabila pergi ke kubur uncle balik, ada bau tu.

"Bukan bau perfume. Bukan," katanya yakin.

Terdapat juga warga maya yang sempat bertanyakan kepada wanita itu tentang amalan arwah yang boleh dijadikan contoh.

Namun ujar Dr Ainun dia tidak sempat bertanyakan mengenai perkara itu kepada sesiapa yang berkaitan atau waris terdekat.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain