suria

Alhamdulillah... ‘Makcik baju merah’ minta maaf, janji tak menyelit lagi... Kes interframe gambar kahwin akhirnya selesai

Zarah memaklumkan isu membabitkan dia dengan wanita berkenaan sudah selesai.

KISAH 'makcik baju merah' hangat diperkatakan di media sosial sejak beberapa hari lalu, selepas seorang pengantin melahirkan rasa kurang senang dengan wanita itu pada hari bahagianya.

Ia ekoran kelibat wanita berkenaan yang banyak kali muncul di merata-rata sepanjang majlis, sehingga 'merosakkan' gambar-gambar serta video pernikahan pengantin berkenaan.

Bagaimanapun dalam perkembangan terbaru, pengantin bernama Zarah Yusoff memaklumkan isu tersebut sudahpun selesai, selepas wanita berkenaan memohon maaf.

Menerusi video penjelasan yang dimuat naik di TikTok, Zarah berkata dia dan keluarganya bersemuka dengan wanita tersebut beserta pihak masjid untuk menyelesaikan isu berkenaan.

ZARAH 1

Kelibat 'makcik baju merah' yang dirakam ketika majlis pernikahan Zarah.

"Saya bersama keluarga telah bertemu dengan wakil daripada pihak masjid dan makcik berkenaan bersama dengan suami serta anaknya.

"Kami telah berbincang mengenai isu-isu yang berlaku untuk mereka perbaiki bagi mengelakkan ia berlaku lagi di masa akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Makcik baju merah’ menyelit dalam foto dan video nikah... Pengantin menangis rasa nak marah tengok album kahwin rosak

"Kiranya sudah selesai di antara saya dengan makcik itu. Makcik tu sudah meminta maaf kepada saya dan saya meminta maaf kepadanya. Jadi, tiada isu lagi... sudah bermaaf-maafan," katanya.

Disebabkan kedua-dua pihak sudah menyelesaikan isu tersebut, Zarah berkata dia sudah memadamkan video-video yang ditularkan di aplikasi TikTok sebelum ini.

Alhamdulillah semuanya selesai dan harap tak dipanjangkan lagi.

ZARAH YUSOFF

"Cuma makcik itu minta untuk tidak melibatkan nama pihak masjid kerana apa yang berlaku adalah kesalahan dan kesilapan dirinya sendiri, bukannya dari pihak masjid.

"Keduanya, anak dia minta untuk tidak tag atau mention nama kakak dia, MummyBunga, lagi di media sosial. Saya harap siapa yang tag atau mention, untuk delete.

"InsyaAllah pihak masjid akan memperbaiki perkara itu dari mengelakkan ia berlaku lagi di masa depan. Alhamdulillah semuanya selesai dan harap tak dipanjangkan lagi," ujarnya.

KOMEN

Netizen melahirkan rasa syukur susulan isu berkenaan sudah diselesaikan dengan baik.

Carian mStar di laman TikTok mendapati video-video 'makcik baju merah' sudahpun dipadamkan dari akaun Zarah.

Menjengah ke laman komen pula, rata-rata netizen turut melahirkan rasa syukur kerana isu berkenaan diselesaikan dengan baik.

"Alhamdulillah, jalan terbaik.

"Tak apalah, benda boleh bincang, jangan gaduh-gaduh. Ada hikmah di sebalik kejadian.

"Buang yang keruh, ambil yang jernih," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain