suria

Gigih pergi kerja selepas muntah berdarah, gadis ini menangis dibebel doktor kacak... “Apabila dia marah, jadi tak handsome dah!”

Kisah Aloy menceritakan pengalaman dimarahi doktor di sebuah klinik meraih lebih 400,000 tontonan di TikTok.

AKIBAT terlalu mementingkan kerja berbanding kesihatan, wanita ini berdepan masalah kesihatan yang kronik.

Begitulah yang terjadi kepada gadis yang senang disapa Aloy, apabila dia mengalami masalah muntah berdarah sehingga terpaksa dibawa ke hospital oleh bapanya setelah pulang dari tempat kerja.

Namun setelah tiba di klinik, Aloy terkejut apabila dia dimarahi oleh doktor yang bertugas sejurus masuk ke bilik pemeriksaan pada 28 September lalu.

“Pagi tu saya muntah-muntah sampai ada keluar darah tapi saya silap tak pergi klinik. Saya terus datang tempat kerja dulu sebab fikir masa tu tak cukup pekerja.

“Balik daripada kerja tu barulah saya ke klinik sebab mula rasa tak larat. Sampai di sana saya masuk jumpa doktor. Dia tinggikan suara dan tanya Awak muntah darah? Saya pun beritahulah sejak jam 6.30 pagi.

“Lepas doktor dengar saya cakap macam tu terus dia membebel sebab waktu saya pergi tu dah pukul 7 malam,” ujar Aloy ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan jaja ada PhD rancak tengking pekerja restoran piza, tak boleh sabar diminta tunggu 45 minit... Gadis ini malu tak terkata!

ARTIKEL BERKAITAN: “Ayah tinggalkan duit, saya guna berniaga” - Anak buka 3 bisnes selepas lebih setahun bapa meninggal, lupakan hasrat jadi doktor

Menurut Aloy, dia bukan sahaja dimarahi malah doktor tersebut menceritakan pengalaman ngeri menerima pesakit yang mengalami masalah sepertinya sebelum ini.

Mendengar penjelasan doktor yang menggunakan nada suara tinggi membuatkan gadis ini hampir mengalirkan air mata menahan sebak.

Malah, dia yang menetap di Seri Kembangan, Selangor, juga menjadi kelu dan terpaku setelah mengetahui bahawa penyakit dialaminya ini lebih serius daripada yang disangka.

Aloy bekerja sebagai seorang pengurus di sebuah spa.

“Masa dekat dalam bilik tu doktor cakap yang dia ada pesakit sakit perut macam saya sebelum ni tapi tak pergi klinik. Lepas doktor minta dia pergi hospital, rupanya dah ada kanser tahap tiga. Lepas tiga bulan, dia meninggal kata doktor.

“Masa dia cakap macam tu saya dah menahan air mata sebab nada dia bercakap tu tinggi. Saya cuma berdiam diri sebab terkejut. Walaupun datang dengan ayah, doktor tu hanya pandang saya saja.

Doktor tu handsome tapi itulah... lepas ingat balik muka dia marah tu, terus rasa tak handsome dah.

ALOY

“Tapi saya faham kenapa dia marah sebab jarang orang muntah sampai berdarah tapi mungkin sebab saya sakit jadi suara dia agak tegas. Saya pula jadi terlebih beremosi apabila tak sihat,” ujar Aloy.

Sebagaimana dikongsikan di TikTok, wanita ini meluahkan rasa sedihnya dimarahi doktor tersebut sehingga menimbulkan pelbagai reaksi di ruangan komen.

Aloy merupakan anak ketiga daripada empat adik beradik.

Apatah lagi setelah Aloy menyatakan bahawa tanggapan terhadap doktor itu terus berubah apabila dimarahinya.

“Ini bukanlah kali pertama saya kena marah dengan doktor. Sebelum ni saya selalu dimarahi doktor perempuan jadi saya okay saja.

“Tapi kali ini saya kena marah dengan doktor lelaki. Doktor tu handsome tapi itulah... lepas ingat balik muka dia marah sampai macam nak makan saya tu terus rasa tak handsome dah,” selorohnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain