suria

Minta angsa dapat dinosaur! Pulut kuning berhias bertukar tragedi, bayar RM150 tapi kerja comot... “Telur puyuh pun tak berkupas”

Perbandingan antara pulut kuning yang diterima (kanan) dan gambar contoh pulut berhias daripada penjual.

MELIHAT pada pulut kuning berhias yang dihasilkan, maka tidak hairanlah jika warga maya berasa geli hati dalam bersimpati.

Bukan sahaja tidak mengikut kehendak seperti yang dipinta, malah rupa angsa yang dibentuk dipercayai menggunakan lobak putih atau sengkuang itu kelihatan seperti dinosaur.

Situasi itu dikongsikan seorang wanita dikenali sebagai Nick Sue di TikTok yang melahirkan rasa kecewa apabila gubahan hantaran yang ditempah untuk hari bahagia seseorang pada 9 September lalu bertukar menjadi tragedi.

“Minta angsa tapi yang dapat dinosaur," tulisnya ringkas.

Bagi masyarakat Melayu, pulut kuning berhias sering dibawa di atas dulang hantaran untuk majlis pertunangan atau perkahwinan.

Namun penghasilannya dengan dekorasi indah hasil ukiran daripada buah atau sayur agak rumit untuk dibuat.

Bagi wanita itu, katanya dia bersetuju menempah pulut kuning berkenaan selepas diyakini bahawa penjualnya mampu melaksanakan tugas berkenaan.

Lebih meyakinkan apabila individu yang menawarkan servis membuat pulut kuning berhias itu sendiri berkongsi gambar contoh sebagai rujukan pembeli.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Pelamin anganku musnah’! Wanita enggan kahwin gara-gara bakal pengantin lelaki tak upah jurugambar

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin trauma nak duduk selepas nyaris tersungkur masa bersanding, sikit je lagi jadi ‘pelamin anganku musnah’

Bagaimanapun alangkah terkejutnya apabila pulut kuning berhias yang diterima sangat berbeza daripada foto rujukan dikongsikan penjual.

Menjengah di ruangan komen pada video tular, ramai yang bersimpati dan kasihan dengan nasib wanita ini apatah lagi upah yang dibayar kepada penjual adalah RM150.

“Angsa darkweb. Dapat refund tak? Aduh kalau saya boleh naik angin ni... dengan cendawan cucuk-cucuk macam tu.

“Aduh kasihannya. Kalau tak mampu buat jangan terima order, kasihan pelanggan.

Komen netizen mengenai rupa hiasan pulut kuning.

Seller pun alahai kalau tak mampu buat, jujur dengan pelanggan.

“Aku pernah kena. Apabila kita tunjuk gambar contoh dia cakap boleh buat. Tapi apabila siap...”

Level amatur yang buat ni. Nampak gaya persembahan penuh kesungguhan tengok cendawan. Pulut nampak masak sempurna. Ketepikan hiasan makan ya sis dan harap bersabar,” komen beberapa netizen.

Kalau tak mampu buat jangan terima order, kesian pelanggan.

NETIZEN

Bukan itu sahaja, netizen turut meneliti serta mengkritik bahan hiasan yang diletakkan di atas pulut kuning berkenaan.

Bagi mereka semuanya kelihatan tidak kena pada tempatnya selain pulut kuning itu sendiri seakan comot.

“Ya ampun, bawang merah... telur puyuh pun tak berkupas.

Harga yang dicas bagi upah menyiapkan pulut.

“Cendawan hidup ke yang dia pacak tu? Tomato tu melambangkan apa?

“Orang minta angsa duduk bercinta elok saja, alih-alih dia bagi angsa bergaduh,” kata netizen lagi.

Bagaimanapun pada satu lagi perkongsian lian, wanita berkenaan memaklumkan dia tetap menggunakan pulut kuning tersebut sebagai hantaran.

Walau bagaimanapun semua hiasan asal dibuang dan digantikan dengan bunga dan daun plastik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain