suria

‘Pelamin anganku musnah’! Wanita enggan kahwin gara-gara bakal pengantin lelaki tak upah jurugambar

Seorang bakal pengantin perempuan membatalkan perkahwinannya gara-gara tiada jurugambar untuk majlis mereka. -gambar hiasan

SEORANG wanita enggan berkahwin gara-gara bakal pengantin lelaki lupa untuk mengupah jurugambar bagi majlis mereka.

Bagi kebanyakan pengantin perempuan dan lelaki, fotografi menjadi keutamaan bagi meraikan hari istimewa.

Insiden membabitkan perkahwinan anak perempuan kepada seorang petani yang tinggal di sebuah kampung Di Kanpur Dehat di India.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Pelamin anganku musnah', pengantin jatuh sungai

Perkahwinannya diaturkan bersama seorang lelaki yang tinggal di Bhognipur.

Segala persiapan telah dilakukan, malah pelamin dihias cantik bagi menyambut perarakan pengantin.

Bagaimanapun, bakal pengantin perempuan kemudian menyedari tiada jurugambar untuk merakam detik-detik kenangan itu, sekali gus membuatkannya enggan meneruskan majlis.

Dia kemudian meninggalkan pelamin dan pergi ke rumah jirannya.

Ramai berusaha memujuknya tetapi katanya: "Dia (pengantin lelaki) tidak mengambil berat tentang perkahwinan kami hari ini, bagaimana dia hendak menguruskan saya pada masa depan?"

Keluarganya juga cuba memujuknya tetapi tidka berhasil.

Perkara itu sampai kepada pengetahuan polis, di mana kedua-dua pihak bersetuju untuk memulangkan wang tunai dan barang berharga yang ditukar atas persetujuan bersama. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain