suria

Pesawat Nepal disyaki terhempas, saksi dengar ‘bunyi luar biasa’ seperti dentuman... Cuaca buruk sukarkan misi pencarian

Radar penjejak penerbangan menunjukkan laluan sepanjang pesawat malang itu, yang melalui laluan berbahaya sebelum ia terhenti.

MAKLUMAT baharu muncul dengan memperincikan detik-detik terakhir sebelum pesawat Tara Air Twin Otter yang membawa 22 orang termasuk tiga anak kapal, terhempas di kawasan pergunungan di Nepal pada Ahad.

Pesawat kecil itu berlepas dari Pokhara menuju ke Jomsom, laluan yang terkenal sebagai 'paling berbahaya di dunia' dengan keadaan penerbangan yang sukar dan banjaran gunung yang curam.

Pendaratan di kawasan itu adalah antara yang paling sukar di mana ia dikelilingi oleh puncak bersalji dan selekoh yang tajam.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat Nepal bawa 22 orang terputus hubungan di kawasan pergunungan

Radar penjejak penerbangan menunjukkan laluan sepanjang pesawat malang itu, yang melalui laluan berbahaya sebelum ia terhenti.

Pesawat itu hilang pada pukul 9.55 pagi waktu tempatan selepas ia dilencongkan ke banjaran gunung Dhaulagiri.

Pesawat itu terputus hubungan dengan menara kawalan hanya lima minit sebelum ia dijadualkan mendarat di kawasan tumpuan pelancong Jomsom.

Pihak berkuasa segera mengaktifkan misi pencarian selepas saksi melaporkan terdengar 'bunyi luar biasa' seperti 'dentuman', kata polis tempatan, Ram Kumar Dani kepada agensi berita ANI.

Bagaimanapun cuaca buruk telah menghalang misi pasukan penyelamat di mana serpihan pesawat itu masih belum ditemui. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain