suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Miliki sepasang kaki, tangan tambahan: Bintang Bollywood bantu biayai kos rawatan kanak-kanak miskin

Kanak-kanak miliki sepasang kaki dan tangan tambahan akan dibedah

SIMPATI dengan nasib seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang memiliki sepasang tangan dan kaki tambahan sejak dilahirkan, pelakon Bollywood Sonu Sood tampil menghulurkan bantuan.

Beliau akan membantu membiayai rawatan berikutan kanak-kanak perempuan yang berasal dari daerah Nevada Bihar di India dalam keluarga miskin.

Menerusi ciapan di Twitter rasmi miliknya, Sonu meminta orang ramai supaya mendoakan pembedahan bagi membuang sepasang kaki dan tangan tambahan pada kanak-kanak tersebut berjalan lancar.

"Jangan bimbang, rawatan sudah bermula. Doakan saja," ciapnya ringkas.

Beliau turut memuat naik gambar yang menunjukkan kanak-kanak itu sedang diperiksa doktor.

Terdahulu, video yang memaparkan kisah kanak-kanak itu menjadi viral dan menarik perhatian selepas dikongsikan saluran berita di Twitter.

Difahamkan Sonu Sood turut menyalurkan bantuan kepada seorang kanak-kanak perempuan yang kehilangan kaki akibat kemalangan untuk mendapatkan pengajian.

Seema juga diberikan basikal roda tiga bagi memudahkan pergerakannya. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain