suria

Suami niat nak buat baik tolong sambung bayar loan kawan... selepas meninggal isteri, anak merana hilang tempat berteduh

Isteri kepada si mati terpaksa berpindah keluar selepas pemilik asal mahu menuntut rumahnya.

KERANA duit dan harta, hubungan adik-beradik pun boleh porak peranda.

Namun, lain pula ceritanya dengan sebuah keluarga yang didakwa kehilangan tempat berteduh selepas kematian ketua keluarga mereka.

Menurut seorang pelayar Facebook dikenali sebagai Abd Rani, rakannya menyambung pinjaman rumah seorang individu yang mengalami masalah kewangan, namun semuanya berubah selepas dia meninggal dunia.

rumah 2

Pemilik asal datang menuntut rumah itu selepas rakannya meninggal dunia. (Gambar Hiasan)

"Arwah kawan saya dah kena. Kononnya nak tolong kawan baik yang tak mampu bayar loan rumah. Sambung bayar kat bank bulan-bulan dan tinggal di rumah tersebut bersama isteri dan anak-anak.

"Siap renovate lagi. Setelah hampir 10 tahun membayar, ditakdirkan kawan saya sakit dan meninggal dunia. Pemilik asal datang dan mendakwa rumah tersebut adalah miliknya dan tak jadi jual," dakwanya dalam satu perkongsian di Facebook.

Menurut lelaki itu, ahli keluarga arwah akhirnya terpaksa akur dan keluar dari kediaman itu selepas pemilik asal datang membuat tuntutan.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri lari malam! Tak tahan kongsi rumah sewa dengan penunggu... ‘Dia’ tumpang main kereta mainan, petik kipas...

ARTIKEL BERKAITAN: Bilik sewa di Cheras harga RM300, hanya muat satu tilam single... Netizen usik suruh ingat mati, saiz kecil macam liang lahad

Lebih teruk, pemilik turut menawarkan untuk menjual rumah itu kepada balu allahyarham dengan harga semasa, tiga kali ganda daripada nilai asalnya.

"Dia (pemilik) anggap sahaja bayaran-bayaran yang telah dibuat kepada pihak bank (oleh arwah) sebagai sewa. Dia juga menawarkan kepada balu kawannya untuk jual rumah tersebut pada harga semasa, tiga kali ganda daripada harga asal.

"Kesian, dah la balu tersebut tidak bekerja. Terpaksa pula keluar dari rumah yang disangka sebagai harta peninggalan si suami," ujar lelaki itu lagi.

Luahan lelaki itu mengenai arwah sahabatnya turut dikongsi menerusi group Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini sehingga ia meraih perhatian netizen.

Setelah hampir 10 tahun membayar, ditakdirkan kawan saya sakit dan meninggal dunia. Pemilik asal datang dan mendakwa rumah tersebut adalah miliknya dan tak jadi jual.

ABD RANI

Selain sedih dengan nasib keluarga itu, ramai netizen melihat kisah tersebut sebagai satu pengajaran untuk semua agar lebih berhati-hati dalam bab pinjaman bank pada masa akan datang.

"Kenapa masih mahu mengambil risiko buat sambung bayar? Kalau tuan asal tu betul-betul nak jual, senang-senang je dia boleh jual ikut proses. Melainkan kalau tuan asal ada agenda lain. Baik kereta, motor atau rumah, hati-hati," tulis Arif Yahya.

Ramai netizen lain turut senada dengan Arif Yahya, malah mereka menyelar tindakan pemilik rumah yang seolah-olah tidak bersyukur dengan pertolongan arwah ketika dia susah suatu masa lalu.

"Sebab tu bila kita nak buat baik buat pahala pun, baik siasat dulu buat segala homework sebelum buat baik. Orang akan sentiasa ambil kesempatan selagi ada manusia yang tak buat homework sebelum buat pahala.

rumah 3

Netizen di Facebook saling berpesan agar tidak mengulangi kesilapan lelaki yang telah meninggal dunia itu. (Gambar Hiasan)

"Adui. Sambung bayar, ada surat pun tak guna. Kecuali nama dalam geran dah tukar.

"Kesiannya. Bab harta benda ni yang sedarah daging pun boleh bergaduh, berpecah belah, apatah lagi orang luar.

"Ni kata nak tolong orang tapi tak betul cara. Aniaya kat anak bini.

"Kira macam tolong jaga jodoh orang juga la ni," tulis seorang lagi netizen berseloroh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain