suria

Sengsara dapat kakak mulut lancang! Suka perlekeh gaji adik bongsu, lepas tangan kebajikan mak ayah... Siap suruh kahwin selepas monopos

Wanita tersebut tertekan dengan kata-kata kakaknya sehingga terfikir untuk membunuh diri. Gambar hiasan

SAMA seperti suami isteri, hubungan antara adik beradik juga kadang kala ada pasang surutnya.

Hakikatnya, ada antara mereka yang menggunakan 'tiket' gelaran kakak atau abang untuk sewenang-wenangnya bermulut lancang sehingga membuatkan si adik makan hati.

Namun dalam situasi yang dialami wanita ini, dia bukan sahaja makan hati malah terlintas untuk menamatkan riwayat sendiri gara-gara tertekan dengan sindiran si kakak.

luahan stres

Luahan wanita tersebut yang dikongsikan di Twitter Ahmad Fedtri.

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu, dia terkesan dengan kata-kata kakaknya yang seolah-olah memandang rendah kepadanya disebabkan tidak bergaji tinggi sedangkan menuntut hingga ke menara gading.

"Raya haji baru-baru ini kakak saya balik. Yang menyakitkan hati tu sampai rasa stres sangat dan Google cara bunuh diri yang tak menyakitkan. Memang hilang pertimbangan rasa ketika itu.

"Isunya fasal kerja. Kakak tanya, 'kau kerja sana dapat gaji RM2,500 tak?' Saya jawab tidak. Kakak tanya 'habis tu berapa? RM2,300? RM2,200?

"Saya senyap saja. Dia cakap 'belajar sampai degree... kau kena cari company yang boleh grow, bukan main sauk je'.

ARTIKEL BERKAITAN: Sumpah kesian! Cikgu tadika islamik mengadu kerja teruk, tanggungjawab berat tapi gaji kurang RM500

ARTIKEL BERKAITAN: Mak mentua kuat ibadah tapi layan menantu macam hamba! Hanya baik jika seleranya dituruti, makanan terhidang elok

"Masalahnya bukan tak nak, saya kerja dekat sebab fikir tentang parents. Ubat, appointment hospital... semua saya yang jaga. Adik beradik yang tua-tua semua macam tak ada otak dan harapkan saya saja yang bongsu ni," luahnya.

Menurut wanita berusia 27 tahun itu lagi, dia sebenarnya sudah lama merancang untuk berhenti kerja di syarikatnya ketika ini namun hasrat tersebut terpaksa dikuburkan dahulu atas pelbagai faktor.

"Saya memang nak resign sebab selalu stay untuk selesaikan kerja sampai pukul 8 hingga 9 malam. Lepas tu ayah saya tak nak makan selagi saya tak balik. Nak makan dengan saya saja, dia tak nak dengan mak.

stres 2

Apa yang dikesalkan, tugas menjaga ibu dan bapa juga seolah-olah diabaikan oleh adik beradiknya yang lain. Gambar hiasan

"Saya fikir kalau berhenti, kena ada kerja baru. Nak cari kerja baru pula bukan senang terus dapat. Kalau berhenti serta merta nanti menganggur. Balik rumah kena kutuk lagi dengan kakak.

"Kenapa saya saja kena fikirkan hal-hal itu. Lepas tu dia kutuk saya dah 27 tahun tak kahwin, dia suruh saya kahwin selepas menopos.

"Entah apa masalahnya... selama ini saya sabar saja. Nak melawan atau bergaduh, fikirkan mak ayah saja. Kalau tidak, memang saya terkam dah," kongsinya lagi.

Dalam luahan tersebut juga, wanita berkenaan berkata dia kadang kala mempersoalkan takdir kerana dipilih untuk mengharungi dugaan yang membebani fikiran.

Teruskan jaga hal-hal kebajikan ibu bapa awak, ignore apa jua tekanan dari kakak awak kerana awak yang menentukan hala tuju life awak.

NETIZEN

"Stres dan penat... saya rasa saya dah terbiasa sangat dengan boleh berdikari tapi sebenarnya saya tak okay pun. Benda lama-lama dah jadi barah dalam diri.

"Selalu sangat pujuk hati sendiri, kenapalah saya dapat dugaan macam ini," ujarnnya lagi.

Luahan tersebut dicoret dalam satu kiriman mesej kepada pengacara popular, Ahmad Fedtri Yahya yang kemudian berkongsi di Twitter.

Perkongsian wanita tersebut mengundang rasa simpati netizen dengan rata-ratanya menasihatkan dia agar berfikir lebih panjang dan tidak mengambil jalan singkat untuk menyelasaikan masalah.

komen stres

Netizen memberikan kata-kata semangat untuk wanita tersebut.

"Walaupun memang sukar, tolonglah kumpulkan adik beradik dan luahkan perkara ini. Paling minimum adalah buat satu group WhatsApp baru. Terbaik adalah kumpul duduk semeja dan luahkan perasaan. Jangan pendam perasaan seorang diri.

"Memang susah dapat sibling yang jenis kaki buli, selfish dan jenis tiada empathy. Nasihat saya teruskan jaga hal-hal kebajikan ibu bapa awak, ignore apa jua tekanan dari kakak awak kerana awak yang menentukan hala tuju life awak.

"Pesan paling utama, jangan depresi. Lawan jika rasa terterkan sangat. Please jangan buat kerja bodoh," demikian antara komen netizen.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih melebihi 2,000 retweet.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain