suria

Duit dalam akaun licin selepas kad ATM tercicir, pelaku disyaki borong skincare... beli barang RM1 pun guna ‘paywave’!

Mangsa berkongsi kisah malang tersebut menerusi TikTok.

DUGAAN pagi raya 2022.

Begitulah kapsyen yang ditulis seorang lelaki apabila berkongsi kisah mengenai kad bank miliknya yang tercicir di sebuah pasar raya di Puchong, Selangor, pada Ahad lalu.

Menggelarkan dirinya sebagai Man Stylo 79, dia hanya menyedari berlaku beberapa transaksi berjumlah RM362.45 selepas menerima mesej daripada pihak bank ketika berada di rumah.

kad2

Tangkap layar perkongsian mangsa yang tular dan meraih perhatian netizen.

"Dugaan semalam. Kad bank tercicir. Lepas tu orang yang jumpa kad tu guna habis duit dalam akaun.

"First saya call bank dulu. Block kad tu. Lagipun masa tercicir tak perasan. Transaksi dah buat, dapat notification baru perasan yang kad cicir," tulisnya.

Dalam video yang dimuat naik ke aplikasi TikTok, dia turut berkongsi salinan satu laporan polis yang dibuat pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Merompak penuh gaya... Suspek naik Ysuku pecah masuk rumah orang, tapi kantoi wajah dirakam CCTV!

ARTIKEL BERKAITAN: Borak dan 'rembat'! 'Makcik Myvi merah' berani curi 3 beg pelajar dalam masjid "Esok exam, nota sekali kena curi”

"Pada 10 Julai 2022, jam lebih kurang 6.30 petang, saya telah terima mesej daripada bank CIMB, terdapat penggunaan menggunakan kad ATM CIMB milik saya di AEON Big Mall, Puchong.

"Penggunaan tersebut digunakan sebanyak RM362.45, kemudian saya telah sedari kad ATM CIMB bank milik saya telah tiada dalam simpanan. Saya syak kad tersebut telah tercicir di mana-mana tidak pasti," ujarnya dalam laporan berkenaan.

Menerusi video tular itu, dia turut berkongsi tangkap layar mesej yang dihantar daripada pihak bank, menunjukkan berlaku beberapa transaksi debit di sebuah premis peruncit kecantikan dan kesihatan dalam pasar raya berkenaan.

file6t1gwc12xr91fs326bi0

Netizen memberi saranan agar fungsi paywave tidak digunakan atau diletakkan had nilai tertentu.

Dalam tempoh 24 jam, video yang dimuat naik olehnya menerima lebih setengah juta tontonan.

Di ruangan komen, ramai netizen turut menyelar tindakan individu tersebut yang tergamak membuat pembelian menggunakan kad bank milik mangsa.

"Sanggup ek ambil kad orang. Aku nampak 10 sen kat lantai pun takut nak ambil.

"Bukan main lagi dia shopping mesti skincare dia habis.

Kad bank tercicir. Lepas tu orang yang jumpa kad tu guna habis duit dalam akaun.

MAN STYLO 79

"Lain kali set limit transaction. Paywave tu limit RM50 ke cukup. Selebihnya boleh guna pin.

"Saya pun pernah hilang kad ATM. Saya direct terus transfer semua duit ke akaun bank saya yang lain," tulis beberapa netizen.

Selain beberapa transaksi yang dibuat di sebuah premis peruncit kecantikan dan kesihatan, mangsa turut menerima mesej transaksi RM1 yang dibuat di sebuah kedai serbaneka.

kad3

Antara komen netizen di TikTok.

Dalam pada itu, netizen juga tidak menolak tanggapan sekiranya perbuatan tersebut dilakukan oleh pekerja salah sebuah kedai berkenaan berikutan siri transaksi yang mencurigakan.

"Pelik kenapa dia buat banyak transaksi dalam satu kedai. Ulang-alik kat cashier ke macam mana ni.

"Cuba check dengan pekerja kedai tu. Mintak buka CCTV pada masa bil RM1 tu confirm dapat.

"Rasa macam kerja situ je. Banyak kali paywave. Rajin betul dia bayar banyak kali," tulis beberapa netizen lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain