suria

Kembang tekak! Baru makan 3 suap laksa ‘favourite’, pelanggan muntah nampak ulat berenang dalam kuah

Pendedahan Dhanea meraih perhatian ramai di TikTok.

SUAPAN penuh penyesalan.

Begitulah kisah malang seorang wanita apabila menemui seekor ulat hidup dalam semangkuk laksa yang dibeli dari sebuah premis di Kajang, Selangor.

Menurut pengadu yang dikenali sebagai Lya Dhanea, dia yang loya melihat haiwan itu turut muntah sebelum bertindak membuang hidangan tersebut ke dalam tong sampah.

"Kejadian tu pada 7 Julai lalu. Saya buat tempahan menerusi aplikasi Shopee Food dalam jam 5 petang.

"Selepas balik kerja, saya makan laksa itu selepas waktu Maghrib. Selepas makan dua tiga suap, saya baru perasan ada seekor ulat sedang bergerak

"Saya rasa mungkin ulat tu datang dari sayur yang digunakan. Ia masih hidup dan bergerak. Selepas muntah, saya buang laksa itu serta satu lagi hidangan lain yang dibeli dari kedai sama," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Akak ni beli Mee Tonggek viral RM30 dengan sotong, tapi jumpa banyak ulat... Netizen syak gerai disihir, PPj dah ambil tindakan!

ARTIKEL BERKAITAN: Dah makan banyak, tiba-tiba nampak benda bergerak celah nasi dengan salmon... agak-agak apa yang berlaku selepas itu?

Menurut Dhanea yang menetap di Kajang, dia ada membuat aduan mengenai kejadian berkenaan namun masih belum menerima respons daripada kedai makan tersebut yang popular dengan hidangan laksa sehingga ke hari ini.

Tambah eksekutif berusia 26 tahun itu, dia masih berharap vendor berkenaan bertanggungjawab atas apa yang berlaku memandangkan isu kebersihan makanan bukanlah perkara yang wajar dipandang remeh.

"Saya selalu beli laksa di kedai ini. Memang favourite saya. Pada hari kejadian, saya ada report melalui Shopee Food. Tapi masih belum ada respons dari side mereka. Saya terkilan sebab kedai itu kegemaran saya.

Saya tak ada niat nak jatuhkan sesiapa. Saya tak ada masa nak ambil ulat sampah dan letak dalam makanan.

DHANEA

"Harapan saya agar mereka clarify dengan saya dan siasat francais mereka yang terlibat. Saya tak harapkan refund cuma mahu mereka tingkatkan kualiti serta kebersihan.

"Buat masa ini saya akan berhenti beli laksa dari kedai itu. Saya harap kes ini dapat beri kesedaran kepada vendor lain juga. Risau boleh kena penyakit kalau kualiti makanan teruk," ujarnya.

Mengulas perkongsian video yang kini tular di TikTok, Dhanea berkata beberapa individu turut berkongsi pengalaman kurang baik dengan kedai yang sama.

laksa 2

Dedah Dhanea, dia belum menerima respons kedai berkenaan sehingga ke hari ini.

Namun, ada segelintir individu turut meragui perkongsian tersebut kerana pelik melihat ulat yang masih hidup di dalam kuah laksa yang panas.

"Saya terkejut bila viral. Saya kongsi video untuk create awareness. Ia melibatkan hal kesihatan, kalau pelanggan jatuh sakit, banyak kesannya nanti.

"Saya tertanya-tanya, kenapa saya yang kena. Tapi tak apa, saya terima apa yang berlaku sebagai takdir. Saya akan berhenti beli laksa dari kedai tu.

laksa 3

Antara komen netizen di TikTok.

"Ada netizen yang komen mengenai kualiti kurang memuaskan kedai tu. Ada juga yang cakap saya nak sabotaj. Saya tak ada niat nak jatuhkan sesiapa. Saya tak ada masa nak ambil ulat sampah dan letak dalam makanan.

"Saya bukanlah instafamous. Jadi saya enggan layan sebarang komen negatif sebab mereka tak ada di tempat saya. Saya cuma nak tegakkan kebenaran," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain