suria

Akaun Telegram nyaris digodam! Doktor lega dihubungi scammer tak cerdik, kalau dapat yang bijak mesti terjerat

Tindakan individu yang dipercayai scammer dari Indonesia berjaya dikesan Doktor Zek.

SEJAK akhir-akhir ini, kewujudan scammer semakin menjadi-jadi malah pelbagai taktik digunakan bagi memperoleh wang dengan cara mudah.

Kebanyakan mangsa akan rugi puluhan ribu ringgit dalam sekelip mata tanpa langsung disedari.

Terkini, seorang doktor mendedahkan bahawa terdapat individu tidak dikenali cuba menggodam aplikasi Telegram miliknya.

Menerusi Facebook Ahmad Zakimi Abdullah, dia menceritakan apa yang berlaku dan pada masa sama menzahirkan rasa syukur kerana berjaya menghidu taktik penipuan tersebut.

“Pada mulanya scammer cuba meminta untuk saya screenshot (tangkap layar) paparan Telegram saya atas alasan untuk dia gunakannya sebagai bukti yang dikatakan akaun dia dikacau scammer.

Antara mesej Doktor Zek bersama scammer terbabit.

Antara mesej Doktor Zek bersama scammer terbabit.

“Dia kata nak buat bukti report. Macam pelik... saya terus dapat bau-bau scam untuk cuba login Telegram sebab dalam beberapa minit sebelum itu ada menerima mesej login code dari pihak Telegram.

“Ya, individu terbabit mahukan code login dari screenshot,” jelasnya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Dr Zek memberitahu, tindakan yang dilakukan scammer terbabit adalah salah satu usaha untuk mendaftar masuk ke akaun Telegram miliknya.

Katanya, bagaimanapun tujuan scammer berkenaan tidak diketahui.

“Ini adalah usaha untuk login akaun Telegram saya. Kita tak pasti apa yang dia akan lakukan jika dia dapat login akaun kita.

“Jadi saya pusing-pusing seolah-olah saya tak tahu dan pastinya tak semudah itu saya memberikan screenshot paparan Telegram saya pada orang tak dikenali,” luahnya lagi.

Tangkap layar seperti ini yang diingini scammer terbabit kerana mempunyai kod pengesahan daripada Telegram.

Tangkap layar seperti ini yang diingini scammer terbabit kerana mempunyai kod pengesahan daripada Telegram.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan helah yang digunakan individu tidak bertanggungjawab seperti itu.

Malah katanya, ia berikutan nombor telefon sesiapa sahaja sudah pasti mudah diperoleh di mana-mana sahaja.

“Hati-hati semua ya. Nombor telefon kita pastinya merata-rata tempat kerana kita berada di banyak group samada dari aplikasi WhatsApp mahupun Telegram.

“Pelbagai cara mereka gunakan dan scammer ini di mana-mana. Jangan diikuti kehendak mereka.

Abang saya dah terkena. Guna nama kawan baik dia, rupanya kawan abang saya tu dah kena dan sekarang Telegram abang saya tu dah tak boleh digunakan.

NETIZEN

“Mohon alert dengan scammer. Kadang-kadang dapat yang tak cerdik tak apalah tapi kalau dapat yang bijak tu harus kena. Yang tadi tu kurang dari segi cerdiknya,” katanya lagi yang menyeru orang ramai menguar-uarkan perkara yang dialaminya itu.

Perkongsiannya itu menjadi tular di Facebook dan rata-rata netizen menzahirkan rasa bimbang dengan kewujudan scammer yang dilihat sukar untuk dibanteras.

Bagi salah seorang netizen, dia mengandaikan bahawa scammer terbabit cuba untuk mendaftar masuk ke akaun Doktor Zek kerana ingin menyamar bagi mendapatkan wang dengan cara mudah.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda kongsi cara hackers rakam maklumat mangsa, ‘sapu’ duit secara online transfer

ARTIKEL BERKAITAN: Merana duit KWSP lesap! Hasrat cari ‘maid’ sambilan jadi mimpi ngeri, scammer selindung sebalik khidmat kemas rumah

“Screenshot dia pun lain macam... no akaun, dalam bank tiada duit, mintak tolong. Entah siapa dia dah cuba scam duit tu. Modus operandi dia nanti dia menyamar jadi doktor untuk pinjam duit dengan mana-mana contact list dalam Telegram.

Netizen turut menyatakan pernah mengalami situasi sama.

Netizen turut menyatakan pernah mengalami situasi sama.

“Abang saya dah terkena. Guna nama kawan baik dia, rupanya kawan abang saya tu dah kena dan sekarang Telegram abang saya tu dah tak boleh digunakan, katanya dibuka oleh device baru dari Indonesia.

“Nanti dia mesej semua kenalan doktor minta pinjam duit.. Ni semua dia guna akaun Telegram,” ujar beberapa netizen.

Terdapat juga warganet yang pernah mengalami kejadian seumpama itu berkongsikan pengalaman.

“Pernah kena kat WhatsApp. Dia guna gambar profile sepupu. Entah apa pagi-pagi buta pukul 5 mesej orang kata kereta rosak kat bengkel dan nak pinjam duit.

“Kita putar-putar mainkan dia sampai tengahari kita tak transfer duit. Alih-alih dia maki kita pula,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain