suria

Si Oyen mengiau waktu Subuh rupanya petanda sedang nazak... Wanita ini ralat tak sempat beri minum air kelapa buat penawar

Pablo menjadi penyeri keluarga Miella sejak 2019.

TANPA kita sedari haiwan peliharaan akan menunjukkan tanda-tanda awal saat ia menghampiri kematian.

Bagi kucing, kebiasaannya ia akan menghilangkan diri dari rumah dan dipercayai bahawa perbuatan berkenaan bertujuan mengelakkan tuannya meratapi pemergiannya.

Situasi sama terjadi kepada Norsyamila, 31, dan pasangannya Suzizulhaqim, 33, apabila si ‘oyen’ bernama Pablo milik mereka mati pada 24 Jun lalu.

Bercerita kepada mStar, dia tidak menyangka kejadian selepas dia selesai menunaikan solat Subuh baru-baru ini merupakan petanda awal kucing kesayangan sedang menderita sakit.

"Pada pagi selepas selesai solat, saya dengar Pablo mengiau dekat luar bilik tak seperti kebiasaannya. Bunyi agak bising jadi saya pun panggil dia dan tanya kenapa.

"Masa dia masuk bilik tu terus dia rebahkan badan depan saya macam dalam video tu. Agak lama dia berada dalam bilik tu dengan saya. Risau pula tengok dia masa tu... nampak pelik sangat.

ARTIKEL BERKAITAN: Luluh hati tengok kucing nazak depan mata, 8 ekor mati serentak... Penduduk dakwa jiran warga Singapura jadi dalang, ada sejarah benci si bulus

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas tawar RM10,000 tak kisah hidup atau mati, kucing jalanan hilang ditemui tapi apa yang berlaku memang tak disangka... bertuah Tekka!

"Kemudian saya panggil dan minta suami tengokkan. Suami angkat dan letak dia dekat dapur. Muka Pablo nampak macam marah tapi itulah... kami tak tahu punca lagi," ujar Norsyamila yang mesra disapa Miella.

Katanya yang bekerja sebagai kerani kontraktor di sebuah kilang di Batu Pahat, Johor, mereka semakin risau apabila melihat keadaan si bulus yang berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang.

Kemudian Pablo yang semakin tidak bermaya itu dilihat membawa diri ke tepi parit berdekatan rumah melihat air longkang sedang mengalir.

"Saya cari Pablo lepas tengok dekat dapur tak ada. Apabila jenguk dekat tingkap rupanya dia tengah termenung tepi parit tengok air.

Pablo adalah kucing terbiar yang dijumpai pada 2019.

"Saya panggil dia banyak kali juga tapi dia buat tak tahu saja. Selalunya kalau panggil nama, dia tengok kita memang terus masuk rumah. Tapi kali ini saya panggil dia tak bergerak langsung. Dia duduk je dekat tempat sama.

"Suami pun pergi dan ambil dia bawa masuk rumah. Apabila angkat dia macam marah lagi. Suami beritahu yang mungkin dia tengah tahan sakit. Jadi kami bawa masuk rumah dan selimutkan dia menggunakan tuala," ujarnya lagi.

Walaupun berkali-kali dipanggil namun Pablo yang sudah berusia empat tahun ketika itu masih lagi tidak memberikan sebarang tindak balas seperti kebiasaannya.

Antara gambar terakhir Pablo yang kelihatan lemah ketika berada di dapur.

Oleh kerana Pablo terus memejamkan mata dan kaku tidak bergerak, pasangan itu kemudiannya cuba mencari penawar apabila mengesyaki kucingnya itu diracun.

"Risau tengok keadaan dia tu saya terus minta suami carikan air kelapa. Tapi waktu tu pagi sangat lagi jadi susah sikit nak dapat. Kami pun dah lewat nak pergi kerja.

Dia memang jadi tempat kami sekeluarga bergurau. Saya anggap dia sebahagian dari keluarga kami. Tapi nak buat macam mana, kita memang kena bersedia benda macam ni akan jadi sebagai owner kucing.

NORSYAMILA

"Awalnya saya ingat nak bagi panadol tapi dia tak demam pun. Badan pun tak panas. Biasanya kalau demam kami boleh tahu tengok telinga dia 'jatuh'. Jadi kami memang syak dia keracunan.

"Masa dekat tempat kerja pun memang tak senang duduk apabila teringatkan dia. Tengah hari tu saya ingat nak balik cari penawar bagi dia tapi tak sempat sebab sibuk. Balik rumah malam tu terus cari dan panggil dia dulu tapi tak jumpa.

Pablo adalah seekor kucing domestik yang bulunya berwarna oren.

"Esok pagi tu lepas kami pergi kerja baru mak beritahu dia jumpa Pablo. Dia terbaring depan rumah dengan keadaan mulut berdarah. Badan dia dah sejuk dan tak bernafas,” kata Miella.

Ujar Miella, dia dan suami sangat sedih apabila mendapat berita kematian si bulus kesayangannya itu.

Malah, dia juga tidak dapat melihat Pablo buat kali terakhir setelah ditanam oleh bapanya kerana masih di tempat kerja ketika itu.

Pablo sangat rapat dengan suami Miella.

"Sedih sangat apabila tahu Pablo dah tak ada. Suami yang nak sangat bela dia masa jumpa 2019 dulu. Kalau suami mandikan dia mesti dia okey saja. Dia kucing yang baik dan manja.

"Masa dia datang rumah tu dalam keadaan kurus dan kecil saja tapi sekarang dah besar, gebu dah gemuk.

"Dia memang jadi tempat kami sekeluarga bergurau. Saya anggap dia sebahagian daripada keluarga kami. Tapi nak buat macam mana, kita memang kena bersedia benda macam ni akan jadi sebagai owner kucing," jelasnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain