suria

Netizen ‘backup’ pelajar cemerlang Virginia Tech, suruh ‘Johari’ cari bibik bukan isteri... Anggap mentaliti sempit!

Lelaki bernama Johari Manikam mempersoalkan sama ada Irdina mempunyai kemahiran di dapur ataupun tidak.

BARU-BARU ini tular kisah kejayaan gadis bernama Irdina Shahriman yang mengharumkan nama negara apabila menjadi pelajar di kedudukan pertama daripada 10,000 penuntut lain di Virginia Tech (VT), Amerika Syarikat.

Namun di sebalik kehebatannya mencapai purata gred kumulatif (CGPA) 4.0 sepanjang tempoh pembelajarannya di universiti berkenaan, ada pula suara sumbang yang seolah-olah mahu memperlekehkannya.

Perkara itu dibangkitkan seorang lelaki yang menggunakan nama Johari Manikam di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rela putus tunang selepas dapat tahu gaji bakal suami RM1,100! Ramai sokong, jangan kahwin kalau tak mampu

ARTIKEL BERKAITAN: Disuruh sambung bayar duit kereta, nafkah makan pun tak bagi... Isteri nekad tuntut cerai, angan-angan bercinta lepas kahwin lebur!

Johari dilihat cuba mempersoalkan sama ada gadis bijak berusia 24 tahun berkenaan turut hebat di dapur sebagai persediaan untuk berumah tangga.

Katanya, wanita yang tidak tahu memasak atau mencuci pinggan mangkuk di rumah tidak layak untuk berkahwin.

Ciapan Alan di Twitter pada Ahad.

Ciapan Alan di Twitter pada Ahad.

"Saya gembira dengan pencapaian dia, tetapi adakah dia pandai memasak? Bolehkah dia sediakan sandwich atau mencuci pinggan mangkuk? (Jika) sebaliknya, saya menganggap dia tidak layak untuk berkahwin," ujarnya di ruangan komen berkenaan.

Tidak senang dengan kata-kata tersebut, seorang pelayar Twitter yang menggunakan akaun @IniAlalalannn berkongsi tangkap layar komentar yang ditinggalkan individu berkenaan.

Dia juga menyatakan terdapat ramai lagi individu yang berfikiran seperti Johari Manikam.

"Tahukah anda, ramai lagi yang sama jenis dengan Johari Manikam ini. Kau tiada kaki dengan tangan ke semua nak harapkan bini yang buat? Gaji pun belum tentu cukup, kejap lagi suruh bini support," ciapnya marah.

Antara komentar yang ditinggalkan lelaki.

Antara komentar yang ditinggalkan lelaki.

Perkongsian yang diulang kicau lebih 2,200 pelayar itu kemudiannya mengundang kemarahan dalam kalangan netizen terutama golongan wanita.

Menariknya, sekumpulan lelaki turut meninggalkan komen dan menyelar pandangan Johari Manikam dan menyifatkan dia bukan mencari isteri sebaliknya pembantu rumah.

"Salah tu bang, pergi cari bibik bukan cari bini (isteri).

"Dia hidup sendirian di Virginia Tech, saya percaya dia boleh uruskan diri sendiri.

Tak salah pun kalau perempuan tak reti memasak, adakah ia menjadi kriteria untuk memilih pasangan hidup?

NETIZEN

"Kadang-kadang orang macam Johari ni yang mudah kahwin, tapi yang bukan seperti Johari ni susah nak bertemu jodoh dan selalu dipermainkan. Sebelum kahwin tanya keluarga dia suka mengarah atau suka buat sendiri... kalau mengarah kau tinggal dia, nanti jadi macam Johari.

"Kau reti tak buat plumbing? Pasang lampu pendaflour? Tukar kepala plug 3 pin?

"Tak salah pun kalau perempuan tak reti memasak. Adakah pandai masak menjadi kriteria untuk memilih pasangan hidup? Kenapa nak kahwin kalau ada standard macam itu, baik upah tukang masak sahaja untuk buat kerja memasak," demikian luahan beberapa pengguna lelaki.

Namun terdapat juga sebilangan netizen yang mempersendakan Johari Manikam dengan menyatakan dia juga tidak dipandang gadis cemerlang tersebut.

Virginia Tech merupakan sebuah univerisiti terkemuka di Amerika Syarikat.

Virginia Tech merupakan sebuah universiti terkemuka di Amerika Syarikat.

"Sudah la cantik, pandai macam tu... kau ingat dia heran ke kau punya pandai masak tu?

"Wahai Johari, tak perlu risau... kau pun tak layak nak berangan jadi suami dia. Fikir perempuan berpelajaran ni level rendah ke nak dekat lelaki berfikiran macam kau.

"Buat sandwich dan basuh pinggan pun harapkan isteri, baik kau pergi hidup dengan mak kau saja," ejek warganet.

Untuk rekod Irdina Shahriman yang mengikuti Program Pertukaran Sarjana Muda Amerika (ADTP) Yayasan Tenaga Nasional, mencapai purata mata gred CGPA 4.0 secara konsisten di dalam Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Elektrik dari 2018 hingga 2021.

Malah lebih membanggakan, Irdina dianugerahkan pingat Phi Kappa Phi untuk Kolej Kejuruteraan, anugerah yang diberikan kepada graduan senior dengan pencapaian akademik tertinggi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain