suria

Kecoh! Apa Lewis Hamilton buat di stesen minyak Petronas KL? Ramai harap dapat lihat sendiri jaguh F1 depan mata

Jaguh F1, Lewis Hamilton dilihat di sebuah stesen minyak Petronas di Ampang. (Gambar kanan) Perkongsian daripada Instagram Story Hamilton.

KELIBAT jaguh Formula 1 (F1) Lewis Hamilton yang dirakam di sebuah rangkaian stesen minyak Petronas di ibu negara membuatkan rata-rata netizen Malaysia teruja.

Perkongsian sekeping gambar oleh @aimanhxzm memaparkan pelumba F1 itu yang dikatakan sedang menjalani rakaman iklan Petronas di stesen minyak berkenaan.

"Never in my life would imagine seeing Sir Lewis Hamilton, the 7-time world champion, at a Petronas petrol station in Ampang (Tidak pernah dalam hidup saya terbayang melihat Sir Lewis Hamilton, juara dunia 7 kali, di stesen minyak Petronas di Ampang)," demikian ciapan pada perkongsian tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Lama mendiamkan diri, Hamilton akhirnya muncul... apa berlaku sebenarnya?

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Lewis Hamilton kemalangan, marshal F1 dipecat... akhirnya mohon maaf

Gambar tersebut dimuat naik sekitar pukul 4.38 petang, pada Isnin di mana sehingga kini meraih hampir 8,000 retweet.

Menjengah ruangan komen, segelintir pelayar mempersoalkan ketulenan gambar tersebut kerana beranggapan ia adalah suntingan semata-mata.

hamilton 2

Perkongsian seorang netizen di laman Twitter, memaparkan Hamilton di sebuah stesen minyak di Ampang.

Bagaimanapun ciapan daripada beberapa netizen yang dalam masa sama turut memuat naik beberapa keping gambar lain di laman Twitter menguatkan lagi kebenaran perkongsian yang dibuat sebelumnya.

Malah menurut warganet, kunjungan Hamilton ke Malaysia tidak berseorangan sebaliknya dia turut disertai rakan gandingan baharunya dari tim Mercedes, George Russell.

hamilton 1

Kunjungan Hamilton ke Kuala Lumpur turut disertai rakan gandingannya dari tim Mercedes, George Russell.

"Lewis Hamilton dan George Russell berada di KL selepas GP Australia.

"George juga ada bersamanya (Hamilton) untuk satu acara tertutup di KLCC berdasarkan gambar dan video yang telah tersebar di Twitter," demikian antara ciapan warganet.

Sementara itu menjengah ke laman sosial rasmi milik Hamilton, pelumba British berusia 37 tahun itu turut memuat naik video pendek di Instagram Story memaparkan mercu ikon Malaysia, Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Lewis Hamilton sedang berada di Malaysia? Berharap agar dia ke Pavilion malam ini.

NETIZEN

Dalam perkongsian tersebut, Hamilton turut membuat pautan (tagged) kepada akaun Instagram @Petronas dan berkongsi pautan lokasi 'Kuala Lumpur'.

Sementara itu kata kunci 'Lewis Hamilton' turut tersenarai dalam senarai empat carian teratas di Twitter.

Malah kata kunci 'Hamilton Malaysia' di bahagian carian Twitter juga turut meriah dengan komen netizen yang teruja dan tidak percaya dengan kunjungan jaguh F1 tersebut.

Malah ada yang berharap agar terserempak dengan pelumba tersebut di sekitar Kuala Lumpur untuk melihat figura itu lebih dekat dengan mata sendiri.

trending

Kata kunci 'Lewis' menduduki empat senarai teratas dalam carian di Twitter.

"Lewis Hamilton di Malaysia? Saya nak menangis!"

"Lewis Hamilton sedang berada di Malaysia? Berharap agar dia ke Pavilion malam ini.

"Jadi Lewis Hamilton berada di Malaysia. Lebih tepat di KLCC. Semoga F1 kembali ke litar Sepang," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain