suria

Sudah la kalah Fifa, skrin TV pula pecah! Ramai label jenis panas baran, tapi doktor dedah sikap sebenar suami

Dr Alia bercerita kisah di sebalik insiden TV pecah ketika suaminya bermainan permainan video Fifa. Gambar kecil Dr Alia dan suami.

AKIBAT terlalu beremosi ketika bermain permainan video bola sepak Fifa, sebuah televisyen (TV) menjadi mangsa 'lepas geram'.

Menerusi satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV), seorang lelaki dilihat sedang bermain permainan video di ruang tamu rumah sebelum mencampakkan konsol peranti ke atas karpet apabila kalah dalam permainan itu.

Namun tanpa diduga, konsol permainan video tersebut kemudian secara tiba-tiba melantun ke arah skrin TV sehingga mengakibatkan kerosakan sebelum terpadam.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri cuak suami tiba-tiba formal lain macam, hantar jemputan nak buat 'meeting'... rupa-rupanya sesi luahan hati

ARTIKEL BERKAITAN: Baru seminggu kahwin, suami sanggup 'korbankan' dumbbell untuk isteri senggugut teruk jam 1 pagi

Susulan itu wanita yang memuat naik rakaman CCTV itu sehingga tular, Dr Alia Zaferi tampil menjelaskan bahawa lelaki di dalam video tersebut merupakan suaminya dan kejadian berkenaan berlaku pada Jumaat lalu.

Katanya, sebelum kejadian suaminya yang juga merupakan doktor mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang perubatan.

"Masa tu saya tengah 'on call' dan masih bekerja di hospital. Suami tiba-tiba mesej saya tengah malam dan cakap 'Sorry sayang'.

"Saya tanya kenapa, dia cakap tak sengaja pecahkan TV, terhempas controller lepas tu melantun kena TV dan pecah. Pada awalnya saya tak faham dan tak percaya," kata wanita berusia 20an itu ketika dihubungi mStar.

tv pecah angkara fifa 8

Reaksi suami Dr Alia selepas skrin TV terpadam.

Tambah Dr Alia, suaminya yang juga berusia 20an itu kemudian menghantar rakaman CCTV kejadian membabitkan TV 58 inci itu.

"Suami saya tengah study dan main Fifa untuk release stres dia. Cuma nasib tak baik. Suami duduk atas play mat (karpet bayi) anak perempuan kami dan benda tu lembut, untuk bayi.

tv pecah angkara fifa 11

Dr Alia (kanan) dan suami yang bekerja sebagai doktor.

"Bila controller terhempas ke play mat, ia terlantun ke TV. Play mat tu macam tilam, jenis bouncy (melantun).

“Bagi saya, ia sekadar kemalangan. Malangnya sampai TV rosak,” ujar ibu kepada bayi berusia setahun dan dua bulan.

tv pecah angkara fifa 9

Dr Alia dan suaminya bersama anak perempuan mereka.

Justeru, wanita yang berasal dari Shah Alam, Selangor itu menepis tohmahan netizen mengenai suaminya bersikap panas baran dan bertindak ganas.

"Suami tak emo pun. Suami sangat baik, penyayang dan bertanggungjawab. Dia bukan orang yang suka baling barang atau marah.

Tak pernah sekali pun dia tinggi suara, lagi pula nak pukul... memang jauh sekali.

DR ALIA ZAFERI

"Tak pernah sekali pun dia tinggi suara, lagi pula nak pukul. Memang jauh sekali.

"Netizen hanya judge suami saya berdasarkan video 15 saat tu je. Kami tak ambil kisah pun (tanggapan negatif)," katanya yang berpengalaman dalam bidang perubatan selama tiga tahun.

tv pecah angkara fifa 10

TV yang baru dibeli.

Menurut Dr Alia, TV yang mengalami kerosakan itu kini dihantar untuk dibaiki dan dimaklumkan akan mengambil masa sehingga empat minggu.

"(Insiden TV pecah) memang saya rasa kelakar sebab tak jangka perkara tu berlaku. Apabila TV rosak dah siap dibaiki, mungkin nak letak dalam bilik.

"Tapi suami tak boleh tahan sampai sebulan, dia beli je TV baru berharga sekitar RM4,000. Baru je beli semalam (Ahad)," ujarnya secara berseloroh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain