suria

Gah saat PM cakap BM ketika sidang media di luar negara, ramai sokong tapi rupa-rupanya nak lebih lagi... usul ke-4 macam tidak logik

Desa Park City dikatakan sebagai lokasi yang paling banyak dinamakan dalam bahasa Inggeris.

SEJAK lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Bangkok, Thailand pada penghujung Februari lalu, isu martabatkan Bahasa Melayu tidak lekang dari gumaman setiap individu.

Walaupun sesetengah pihak mempolitikkan isu berkenaan, namun bagi netizen usaha ke arah memartabatkan bahasa itu adalah wajar.

Menerusi pandangan yang dilemparkan pemilik akaun Nami Cob Nobbler, rata-rata netizen bersetuju dengan usul yang diutarakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bahasa Melayu digunakan dalam urusan rasmi, Ismail Sabri mahu martabat Bahasa Kebangsaan

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Oppa’ ke ‘Leng Chai’ ni? Jangan terkejut pemuda berwajah Korea-Cina ini fasih cakap Melayu... dah 3 kali khatam al-Quran

Ini kerana, katanya, jika perdana menteri serius untuk polisi Bahasa Melayu dimartabatkan, beberapa perkara perlu dilakukan termasuk mewajibkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) menukarkan nama tempat yang berbahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu seperti Mid Valley, North Kiara, Valencia, Park Avenue dan Lake Valley.

Malahan, dia turut meminta nama-nama tempat tinggalan Inggeris ditukarkan kepada nama tempatan.

Beberapa perkara diusulkan bagi menepati polisi martabatkan bahasa Melayu.

Beberapa perkara diusulkan bagi menepati polisi martabatkan bahasa Melayu.

"Port Dickson ke nama asalnya Tanjung Tin, Georgetown kepada Tanjung Penaga, Butterworth sebagai Bagan dan beberapa lokasi ternama lagi.

"Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa komunikasi di pejabat-pejabat swasta selain melarang polisi 'mandarin speakers only' oleh pihak syarikat swasta.

Dewan Bahasa dan Pustakan akan diperkasa. Gambar hiasan media Selangor.

Dewan Bahasa dan Pustakan akan diperkasa. Gambar hiasan media Selangor.

"Mengakui dasar PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris) adalah satu kesilapan besar kepada negara," ujarnya.

Perkongsian di halaman Facebook rasminya bukan sahaja tular malah turut 'dibincangkan' di beberapa platform media sosial yang lain.

Bagi warga Twitter, segala yang diusulkan Nami mempunyai kebenarannya melainkan perkara keempat iaitu berkaitan melarang polisi 'mandarin speakers only'.

Saya setuju jika nama-nama tempat tinggalan British di Malaysia ditukar semula ke nama asal tempat dalam Bahasa Melayu daripada menggunakan nama penjajah dan Bahasa Inggeris.

NETIZEN

"Nombor empat tu tak logik, yang lain aku terima. Bukan semua syarikat kat Malaysia ni cater untuk pelanggan di negara ini, mustahil pelanggan dari China dan Taiwan aku nak ambil pekerja berbahasa Melayu sahaja."

"Bukankah bertutur dalam Mandarin dianggap kemahiran? Masuk ke kelas Mandarin jika mahukan kerja tu melainkan syarikat menyatakan hanya kaum tertentu sahaja ditawarkan pekerjaan, baru boleh dipanggil rasis."

"Saya setuju jika nama-nama tempat tinggalan British di Malaysia ditukar semula ke nama asal tempat dalam Bahasa Melayu daripada menggunakan nama penjajah dan Bahasa Inggeris. Kalau kita nak polisi itu tercapai, kita kena mulakan kita perlu menyahjajah tanah dan minda kita dahulu."

Netizen bersetuju dengan beberapa usul yang diutarakan Nami.

Netizen bersetuju dengan beberapa usul yang diutarakan Nami.

"Kalau nak ubah secara drastik mungkin tak boleh. Terutamanya bab pendidikan. Jadi kena ada sekolah atau universiti yang semua biasiswa berdasarkan merit bukan berdasarkan kuota. Nak pupuk perpaduan, kita pun kenalah mengalah juga. Atas dasar kebersamaan.

Pada 26 Februari lalu, Ismail Sabri berkata, Malaysia akan menggunakan Bahasa Melayu dalam setiap urusan rasmi negara, termasuk mesyuarat dan persidangan antarabangsa sebagai usaha memartabatkan bahasa Kebangsaan.

Perdana Menteri berkata, beliau telah menggunakan Bahasa Melayu ketika mesyuarat dua hala dan sidang media bersama, ketika melakukan lawatan rasmi ke Brunei serta Kemboja sebelum ini dan yang terbaharu, Thailand.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain