suria

Tak sangka populariti angsa jantan bawa rezeki, gadis ID terharu ramai minat lilin wangi buatannya... Ang manja, tiap pagi kena dukung

Ismah bersama seekor angsa jantan yang diberi nama Ang.

ANGSA turut dikenali sebagai 'haiwan gangster' dek kerana sifatnya yang suka mengejar dan menyerang manusia.

Malah, pasti ramai dalam kalangan kita yang ada pengalaman buruk dikejar haiwan itu, khususnya sewaktu zaman kanak-kanak.

Namun, lain pula ceritanya melibatkan wanita ini yang cukup rapat dengan seekor angsa jantan yang diberi nama Ang.

ARTIKEL BERKAITAN: Manja! Angsa suka dipeluk tapi tak mesra budak-budak... pemilik popular sekelip mata selepas muncul di TikTok - “Mak gelak-gelak, dia kata malu”

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu cekik angsa, kini hisap susu kucing pula... jejaka ini buat hal lagi dengan haiwan - “Punyalah nak glamor”

Menurut Ismah Nasir, 25, dia tidak mempunyai sebarang petua, sebaliknya perlu memberanikan diri untuk berhadapan dengan haiwan itu.

"Angsa dalam video viral itu dibela ayah saya. Kakak yang belikan sepasang angsa putih jantan dan betina. Angsa jantan dah mati kena langgar, jadi tinggal yang betina saja.

"Kemudian, kawan ayah saya Dr Jas bagi seekor lagi angsa jantan sebagai ganti. Angsa jantan itu diberi nama Ang. Ramai yang pelik saya boleh baik dengan Ang. Saya tiada tip, cuma kena beranikan diri.

"Ang juga akan acah-acah macam nak serang, tapi saya kawal rasa takut. Bila ia nak kejar, kita pun buat benda sama. Jadi angsa tu akan mula slow down.

"Kalau angsa betina seekor lagi tu, ia memang tak rapat dengan saya. Angsa betina tak nak dengan perempuan," ujarnya berseloroh.

Video yang tular menerusi TikTok.

Menurut Ismah yang menetap di Hulu Selangor, dia tidak menyangka video memaparkan dia memeluk dan mendukung Ang akan meraih lebih sejuta tontonan di TikTok.

Menurut pereka hiasan dalaman itu, menjadi rutin untuk dia membelai haiwan itu setiap pagi sebelum dia keluar bekerja.

Tak sangka lepas video angsa viral, ada orang yang menghubungi saya untuk beli lilin, sedangkan saya belum buat promosi betul-betul lagi.

ISMAH

"Setiap hari saya akan dukung Ang sebelum pergi kerja. Ang memang akan tunggu setiap pagi, ia akan duduk depan rumah. Sementara nak panaskan enjin kereta, saya akan main dengan Ang.

"Memang setiap pagi Ang akan tunggu berdekatan kereta saya. Bukan saja dengan saya, Ang juga baik dengan mak ayah dan semua orang," ujarnya.

Bercerita lanjut, Ismah yang menjalankan perniagaan lilin terharu apabila penangan video tular angsa berkenaan turut membuka pintu rezeki buatnya.

Jelas Ismah, dia yang baru dua bulan berniaga menerima beberapa pelanggan baru selepas video angsa berkenaan tular dan meraih lebih sejuta tontonan di Twitter.

"Saya dah nak masuk dua tahun bekerja sebagai pereka hiasan dalaman. Sejak awal tahun ini, saya buat bisnes kecil-kecilan jual lilin homemade.

ismah3

Ismah menjalankan perniagaan lilin.

"Tak sangka lepas video angsa viral, ada orang yang menghubungi saya untuk beli lilin, sedangkan saya belum buat promosi betul-betul lagi di media sosial. Alhamdulillah, rezeki bulan Mac dan rezeki angsa," ujarnya tertawa.

Tambah Ismah, dia menawarkan enam seleksi lilin dalam dua saiz seperti haruman karamel yang diberi nama Sugar Daddy, haruman vanilla (Forever Love) dan bunga rampai pandan (Marry Me).

Biarpun sibuk dengan tugasan hakiki, Ismah komited untuk pergi jauh dalam bidang itu, sekaligus memperkenalkan lilin buatannya kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Saya belum terfikir nak ada ejen pengedar di seluruh Malaysia. Saya memang buat kecil-kecilan dengan tangan sendiri. Alhamdulillah, bukan saja dalam Selangor malah saya juga dapat tempahan pelanggan dari Kelantan, Pulau Pinang dan negeri lain.

"Cuma saya kena bahagikan masa. Waktu kerja bermula 9 pagi hingga 6 petang. Namun kerja sebagai pereka hiasan dalaman, masanya tak menentu, kadang sampai ke malam. Tapi saya tetap nak pastikan bisnes lilin berjalan," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain