suria

Manja! Angsa suka dipeluk tapi tak mesra budak-budak... pemilik popular sekelip mata selepas muncul di TikTok - “Mak gelak-gelak, dia kata malu”

Rakaman memaparkan ibu Aish sedang memeluk angsa tular di aplikasi TikTok.

SEBUT sahaja angsa, pasti ramai dalam kalangan kita yang memiliki pengalaman buruk dengan haiwan itu.

Namun, tular video di aplikasi TikTok memaparkan aksi seorang wanita sedang mendukung angsa sehingga menerima lebih 300,000 tontonan dalam tempoh kurang 24 jam.

Dalam video itu, Noormah Mohamed, 62, kelihatan selamba melayan kerenah haiwan itu di kediamannya di Kota Tinggi, Johor, sambil disaksikan seekor lagi angsa di sisinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu cekik angsa, kini hisap susu kucing pula... jejaka ini buat hal lagi dengan haiwan - “Punyalah nak glamor”

ARTIKEL BERKAITAN: Angsa kenang jasa! Ramai kagum lihat hubungan sweet pemuda ini dengan Seman - “Kami rapat selepas saya bantu ‘bini’ dia”

Anak kepada wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Aish, 29, sewaktu dihubungi mStar mengakui ibunya sememangnya seorang pencinta haiwan.

"Video itu dirakam sewaktu saya balik ke kampung ketika Hari Raya Korban. Dah lama rakam tapi saya baru kongsikan di TikTok. Tak sangka viral dalam masa singkat.

"Biasalah jarang balik kampung, spend time dengan mak... sekadar rakam video sebab dia memang bela ayam, angsa dan itik. Kat rumah mak juga ada 20 ekor kucing.

Video dikongsi Aish menerima lebih 300,000 tontonan dalam tempoh sehari.

"Orang tua kat kampung, sekadar bela, bukan untuk jual pun. Mak memang pencinta haiwan. Bermula dengan nenek saya, turun kepada mak," ujarnya.

Menurut Aish yang menetap di ibu negara, ibunya memiliki tiga ekor angsa dan kesemua mereka sangat manja dengan wanita itu.

Malah, haiwan berkenaan juga cukup manja dengan bapanya, Ab Dul Gani Ab Kadir, 68, termasuklah dirinya sendiri.

Mak gelak-gelak, dia kata malu. Tapi mak tahu anak-anak memang suka post di media sosial.

AISH

"Tiga ekor angsa tu memang jenis manja, nak dukung. Dengan ayah saya pun angsa-angsa tu nak berdukung.

"Dengan saya dan adik beradik yang lain pun jinak. Cuma angsa-angsa tu tak suka budak-budak.

"Bila viral, ramai yang komen cerita pengalaman mereka yang kena kejar dengan angsa, kebanyakannya pengalaman buruk," ujarnya dalam nada berseloroh.

Kata Aish, ibunya merupakan seorang pencinta haiwan.

Tambah Aish, dia juga terhibur membaca komen-komen yang ditinggalkan di aplikasi TikTok.

Malah katanya, dia sekadar berkongsi video itu bagi mengubat kerinduan kerana sudah lama tidak dapat pulang ke kampung halaman.

"Saya rindu mak dan rindu kampung, sebab tu saya post video. Saya call bagitahu mak video dia dah viral.

Ibu bapa Aish.

"Mak gelak-gelak, dia kata malu. Tapi mak tahu anak-anak memang suka post di media sosial," ujarnya yang mengusahakan perniagaan kek.

Tambah Aish, dia sendiri turut memiliki sembilan ekor kucing.

Namun, kini hanya tiga ekor dibela bersamanya sementara enam yang lain diserahkan kepada ibunya di kampung.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain