suria

Sebak baca komen, tak sangka ada followers OKU... sebab itulah Dr Ahmad Samhan tak kisah dianggap bisu kerana video tunjuk-tunjuk

Video 'tunjuk-tunjuk" Dr Ahmad Samhan dikongsi di laman sosia.

DULU doktor ini dianggap bisu gara-gara membuat aksi ‘tunjuk-tunjuk’ dalam video yang dikongsi di aplikasi TikTok untuk berkongsi ilmu berkaitan perubatan dan kesihatan.

Siapa sangka 'doktor viral' itu, Dr Ahmad Samhan Awang merupakan antara personaliti TikTok paling popular sepanjang 2021 sebagai pencipta pendidikan paling popular.

Namun, komen salah satu daripada lebih 1.2 juta pengikutnya di aplikasi popular itu mengundang sebaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor baru join TikTok disangka 'Mat Bangla' walau ada lebih setengah juta followers, dianggap bisu sebab video 'tunjuk-tunjuk' - "Baca komen boleh koyak"

ARTIKEL BERKAITAN: Terima lebih 1 bilion pengguna baharu... Iman Troye, Dr Ahmad Samhan antara paling popular di TikTok sepanjang 2021

"Baru-baru ni ada salah seorang follower saya komen di posting tiktok, 'Doktor selalu buat video tunjuk-tunjuk di TikTok. Saya buta, tak boleh tengok info yang doktor kongsi. Boleh tak doktor buat video doktor bercakap?'

"Saya jawab, 'Insya-Allah, saya cuba'. Jadi, hari ini untuk pertama kalinya saya nak kongsi secara audio talk di telegram channel saya," tulisnya menerusi posting di Facebook.

Susulan perkongsian audio menerusi aplikasi Telegram, doktor berusia 36 tahun itu kemudian menerima satu mesej daripada seorang pengikutnya (subscriber) memberitahu dirinya merupakan orang kelainan upaya (OKU) pendengaran.

"Tuan doktor, saya adalah seorang OKU pekak, nak ikut siaran doktor. Bagaimana caranya sebab saya tak boleh mendengar. Harap ada rakaman disediakan nanti," kata pengikut itu.

samhan 4

Dr Ahmad Samhan berpengalaman lebih lima tahun dalam bidang perubatan.

Berpengalaman lebih lima tahun dalam bidang perubatan, Dr Ahmad Samhan tidak menyangka terdapat golongan OKU yang secara serius mengikutinya di laman sosial.

"Kebiasaannya saya berkongsi maklumat perubatan dan kesihatan kepada semua orang, sebab itulah ada juga video saya tunjuk-tunjuk yang ada dikata macam orang bisu tu.

"Bila saya dapat request daripada follower OKU buta menerusi rakannya, jadi saya buat rakaman audio untuk golongan sepertinya dapat mendengar saya berkongsi maklumat.

"Saya kalau boleh nak seramai yang mungkin mendapat manfaat daripada ilmu yang saya nak kongsikan," katanya kepada mStar.

samhan 1

Mesej yang dihantar oleh seorang pengikut OKU.

Mengenai pengikut OKU pendengaran, doktor yang berasal dari Kelantan itu membuat rakaman audo secara langsung mengenai bagaimana penyakit strok terjadi.

"Masa tu saya buat secara live, jadi tiada sari kata untuk saya sediakan buat mereka yang mengalami masalah pendengaran. Tapi pada sesi kedua, audio dibuat secara rakaman.

Saya kalau boleh nak seramai yang mungkin mendapat manfaat daripada ilmu yang saya nak kongsikan.

DR AHMAD SAMHAN

"Jadi followers yang tak boleh mendengar tu boleh minta rakan dia perjelaskan menggunakan bahasa isyarat atau dia boleh ikuti video-video saya yang tunjuk-tunjuk tu atau mempunyai teks," katanya sambil menambah sesi kedua itu mengenai tanda-tanda strok.

Namun memandangkan perkongsian audio dan bersifat interaktif akan dilakukan secara konsisten, beliau dalam pertimbangan untuk memasukkan sari kata atau teks dalam visual.

samhan 2

Perkongsian Dr Ahmad Samhan di Facebook.

"Saya akan pastikan semua followers terutama OKU boleh ikuti saya mengikut mana-mana platform media sosial yang sesuai buat mereka.

"Macam di Telegram, bukan setakat ada audio tapi ada juga maklumat bervisual," katanya yang mempunyai 330,000 pengikut di Facebook dan lebih 1660,000 subscribers di Telegram.

Sehubungan itu, Dr Ahmad Samhan akan mempelbagaikan lagi kandungan maklumat perubatan dan kesihatan termasuk yang boleh dikaitkan dengan OKU.

"OKU bukan sejak lahir atau kemalangan saja, ada juga disebabkan masalah saraf jadi buta, atau jangkitan dalam otak yang boleh mengakibatkan lumpuh dan bisu. Saya nak masyarakat lebih mendalami tentang OKU dalam konteks perubatan dan kesihatan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain