suria

Pemuda tegur beg penghantar makanan berdaki, siap cadang cuci tiap bulan sebab bawa makanan bukan sampah... sekali abang rider bersuara!

Teguran itu dibuat seorang individu menerusi Facebook. (Gambar Hiasan)

KEWUJUDAN rider penghantar makanan seperti Foodpanda dan GrabFood ternyata memudahkan urusan harian kita.

Kali ini, tular satu teguran buat golongan itu yang dikongsi oleh seorang pemuda menerusi laman Facebook.

Menurut individu berkenaan, rider seharusnya menitikberatkan soal kebersihan kerana mereka membawa makanan dan minuman yang akan dijamu pelanggan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider ‘gantung beg’, ada misi lebih penting di Mesir... tak sangka gambar bersama panda kenangan hari terakhir kerja meletup

ARTIKEL BERKAITAN: Dah nak tengah malam, perjalanan rider silap simpang berakhir di kubur... tak terfikir gangguan mistik, cuma risau kena prank

Paling menjadi perhatian tentunya beg penyimpanan makanan yang dipasang pada motor kerana ada sebahagiannya kelihatan 'berkerak' dan kotor.

"Kepada rider Foodpanda, Grabfood atau lain-lain penghantaran makanan. Saya faham kamu hantar makanan siang malam tapi beg kotor sangat sampai hitam.

"Sekurang-kurangnya basuh la sama. Saya dah lama tengok. Tolong jaga kebersihan. Kamu bawa makanan, bukan sampah tau. Pelanggan pun manusia juga," ujar pemilik posting tersebut.

rdier

Ramai netizen turut bersetuju dengan teguran itu.

Dalam posting sama, individu itu turut memberi nasihat agar golongan rider mencuci beg makanan masing-masing, sekurang-kurangnya sebulan sekali.

"Takkan kerja bertahun-tahun tak pernah basuh beg? Sekurang-kurangnya sebulan sekali basuh pun tak apa. Ni dah hitam, beg pun lembik.

"Saya buat rider pun jaga beg elok-elok. Beg dah dua tahun at least tak hitam," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, rata-rata netizen dalam group Facebook GrabFood Rider Malaysia turut bersetuju dengan teguran tersebut.

Mula 8 pagi balik 9 malam. Kadang waktu hujan tu la cucinya. Tapi kalau beg bersih cara bawa motor macam pelesit pun tak ada guna.

RIDER

Ujar netizen, beg yang bersih turut mencerminkan peribadi seseorang, sekaligus membuatkan kita disenangi ramai.

"Yang mana tak setuju tu mesti terasa sebab beg hitam berdaki. Kita hantar makanan bukan sampah. Jadi jagalah kebersihan walaupun tak dapat tip. Janji sedap mata memandang.

"Pergi kedai makan pun kita mesti kalau boleh tak nak kedai yang kotor, kebersihan tak jaga. Walaupun tugas rider hanya menghantar, tak salah dalam masa sama jaga kebersihan sebab benda tu melambangkan diri kita pengotor atau pembersih.

"Satu teguran yang bernas dan boleh dipertimbangkan kepada rider-rider semua. Kita sebagai pelanggan pun akan berasa demikian kalau sampai-sampai rider bawa beg usang hitam.

"Kebersihan itu sebahagian daripada iman," tulis beberapa pelayar Facebook.

rider 3

Rider dinasihati agar mencuci beg mereka sebulan sekali.

Selain itu, ada netizen turut memberi cadangan agar rider mencuci beg dengan produk-produk pembersihan yang boleh dibeli dengan harga murah.

Di ruangan komen, ada seorang rider turut meluahkan pendapat bahawa dia terlalu sibuk sehingga tidak sempat untuk mencuci beg.

"Yang buat statement (cuci beg) tu mungkin part time kot. Yang full time macam aku, masa bila nak cuci pun tak tahu.

"Mula 8 pagi balik 9 malam. Kadang waktu hujan tu la cucinya. Tapi kalau beg bersih cara bawa motor macam pelesit pun tak ada guna," ujar rider tersebut.

Sebagai peringatan bersama, tidak kisahlah sama ada kita bekerja sebagai rider atau tidak, aspek kebersihan khusunya yang melibatkan makanan tidak wajar dipandang remeh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

Aslam tak mampu poligami - Abby Abadi