suria

Anak pengasas Dnars dedah sikap rakan baik ibu, tergamak rakam content TikTok di pusara arwah... mohon respek keluarga!

Kiri Irdina meluahkan rasa kesal mengenai salah seorang rakan arwah ibu (kanan) membuat content TikTok di pusara arwah.

HAMPIR tiga tahun pemergian usahawan komestik, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad.

Tanggal 13 Ramadan pastinya diingati buat ahli keluarga kerana tarikh itulah Faziani dijemput Ilahi selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di Pattani, Thailand.

Menjelang Ramadan yang bakal tiba kurang dua minggu lagi, anak perempuannya, Irdina Hakim Jasman, 19, meluahkan rasa kesalnya apabila pusara ibunya dijadikan sebagai 'content' oleh salah seorang rakan arwah di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengasas Dnars terkorban dalam perjalanan sampaikan sumbangan ke tahfiz Pattani

ARTIKEL BERKAITAN: "Tanpa malu saya jaja sana sini nak bagi anak-anak makan", usahawan menangis kenangkan kereta suka duka ditemui semula

"Jangan gunakan kubur mami saya sebagai content TikTok. Tiga tahun pemergian arwah, baru beberapa kali ambil berat tentang keluarga dan anak dia, jadi tak perlu hipokrit sangat.

"Kawan betul takkan makan kawan walaupun kawan dah tak ada. Kawan betul akan sentiasa ada untuk famili kawan sebagai menghargai," katanya menerusi luahan di laman sosial.

kubur arwah faziani 1 W

Luahan Irdina di laman sosial mengenai seorang rakan arwah ibu.

Tanpa mendedahkan identiti individu yang membuat content tersebut, anak perempuan sulung Allahyarham Faziani berharap pihak berkenaan menghormati keluarganya.

"Kalau nak ulas bab rindu, kerinduan darah daging ni lagi sakit. Sebab tu darah daging punya rindu sampai tak boleh terima sesiapa sahaja yang mengkhianati arwah.

"Bukan depan keluarga salam takziah, belakang keluarga minum kopi dengan pengkhianat arwah," katanya tanpa mendedahkan identiti 'pengkhianat' tersebut.

Difahamkan, video tersebut dimuat naik oleh salah seorang rakan baik Allahyarham Faziani, yang memaparkan pusara arwah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedemit Luar di Tumpat, Kelantan.

kubur arwah faziani 2 W

Irdina berharap individu berkenaan menghormati keluarganya.

Walaupun terlalu rindu pada arwah ibu, Irdina yang merupakan pengarah pemasaran bagi produk Dnars menegaskan bahawa dia tidak tergamak untuk membuat content media sosial sebagaimana yang dilakukan oleh individu berkenaan.

"I missed my mom until I had a depress, tapi tak pernah sekali pun I pergi kubur dan letak lagu 'kemarin engkau masih ada di sini'.

"You boleh buat content TikTok you dengan founder-founder yang berduit, tapi bukan dengan founder yang sudah arwah," katanya yang merujuk kepada lagu kumpulan terkenal dari Indonesia, Seventeen berjudul Kemarin.

Video tersebut bagaimanapun dipadamkan selepas luahan rasa kesal Irdina di laman sosial.

anak arwah faziani 4

Kenangan... Irdina (kanan) bersama arwah Faziani. foto instagram irdnar_j

Dalam pada itu, Irdina turut memberi ucapan selamat kepada individu tersebut yang bakal menunaikan umrah.

"Apapun, selamat menunaikan umrah. Semoga mendapat umrah yang mabrur dan mendapat hidayah. Amin.

You boleh buat content TikTok you dengan founder-founder yang berduit, tapi bukan dengan founder yang sudah arwah.

IRDINA HAKIM JASMAN

"Buat keluarga dan rakan-rakan dia, tolong screenshot (tangkap layar) ni (hantar) kepada dia dan nasihat sikit. Terima kasih.

"Saya respek semua orang, tapi tak boleh bila mami I dijadikan bahan content," katanya.

kubur arwah faziani 3 W

Irdina berharap arwah ibunya tidak dijadikan 'content' untuk media sosial.

Pengasas produk Dnars, Faziani meninggal dunia pada 18 Mei 2019 selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Pattani.

Usahawan itu maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah, manakala suami cedera.

Kemalangan tragis yang berlaku pada bulan Ramadan itu ketika Faziani dan suaminya dalam perjalanan ke rumah anak-anak tahfiz bagi menyampaikan sumbangan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain