suria

Terbongkar! Pengasuh tampar, ketuk budak guna sudip didakwa pernah dera kanak-kanak lain... selalu ada kesan luka cubit di badan

Seorang wanita dipercayai pengasuh mendera kanak-kanak. sumber Twitter @cocoandbrownie

[DIKEMASKINI]

KECOH
di media sosial mengenai video seorang wanita yang dipercayai pengasuh didapati menampar seorang bayi secara bertalu-talu.

Bukan sekadar itu, terdapat video lain yang turut menyaksikan wanita berusia dalam lingkungan 50-an itu turut mengetuk seorang kanak-kanak berkali-kali menggunakan sudip kayu.

Menerusi perkongsian yang tular sejak Selasa malam, kesemua video dikatakan dirakam oleh anak tiri pelaku berusia 11 tahun yang turut menjadi mangsa deranya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengasuh lempang bayi bertalu-talu, ketuk kanak-kanak guna sudip! Video viral dikatakan dirakam anak tiri usia 11 tahun

Susulan kekecohan itu, timbul dakwaan bahawa insiden tersebut bukan pertama kali berlaku, sebaliknya pernah terjadi pada kanak-kanak lain yang dijaganya sebelum ini.

Pendedahan terbaharu itu dibuat oleh pengguna Twitter @cocoandbrownie yang memuat naik beberapa video 'penderaan' tular sambil menambah insiden berlaku tahun lalu.

"Update berkaitan kes ni. Ini adalah info daripada ibu bapa lain yang pernah hantar (anak) kepada pengasuh ini," katanya menerusi satu ciapan pada Rabu.

Kejadian dikatakan berlaku di sebuah flat di Taman Utama, Gelugor di Pulau Pinang.

pengasuh dera 2nd 3

Pendedahan terbaharu mengenai seorang pengasuh.

Dia turut berkongsi tangkap layar mesej yang dihantar kepadanya mendakwa anak mereka turut didera sebelum ini, dipercayai berlaku tahun lalu.

"Dua budak yang diasuh dalam story awak tu memang saya cam, cuma yang kecil tu baby lagi masa hantar anak saya.

"Video yang viral ni kira video baru sebab tengok sofa pun lain. Dulu sofa panjang tempat dia (pengasuh) duduk tu sebab dia selalu letak anak saya situ kalau masa saya pergi ambil anak lepas balik kerja," demikian menurut mesej yang mendakwa pengasuh merupakan individu sama.

pengasuh dera 2nd 1

Mesej yang dihantar oleh seorang pengadu yang mendakwa pernah menghantar anaknya ke rumah pengasuh.

Menurut mesej berkenaan, pengadu dimaklumkan oleh penduduk flat berkenaan bahawa anak kepada pengasuh itu merakam video anaknya.

"Tapi saya tak dapat video tu. Masa dia jaga anak saya memang selalu ada kesan luka cubit kat badan.

"Bila saya tanya dia, kena kuku lah, dia marah kita pula kata tuduh dia dera," tambahnya lagi sambil menambah pengasuh tersebut disapa sebagai Ibu Ilis.

Pengadu bagaimanapun tidak lagi menghantar anaknya kepada pengasuh terbabit kerana berpindah ke Terengganu pada Julai tahun lalu.

"Lepas pindah baru saya dapat tahu dia dera anak saya. Cuma saya tak ada bukti," tambahnya.

pengasuh dera 2nd 2

Mesej yang mendakwa insiden berlaku tahun lalu.

Pengguna Twitter tersebut memberitahu laporan polis telah dibuat pada Disember tahun lalu, namun dakwanya masih tiada tindakan dilakukan.

"Dulu tak ada bukti. Bila dapat bukti, terpaksa viralkan untuk dijalankan secepat mungkin," katanya.

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, kejadian berlaku ketika wanita berusia lingkungan 50-an itu sedang memakaikan baju bayi.

Masa dia jaga anak saya memang selalu ada kesan luka cubit kat badan. Bila saya tanya dia, kena kuku lah, dia marah kita pula kata tuduh dia dera.

PENGADU

Satu lagi video menyaksikan pengasuh berkenaan menampar pipi seorang kanak-kanak yang hanya memakai lampin dengan kuat termasuk menarik tangannya secara paksa.

Dua lagi video dirakam dari meja makan menunjukkan perakam sedang melakukan kerja sekolah, sambil pengasuh itu dipaparkan sedang memberikan makanan kepada seorang kanak-kanak.

Walaupun tidak kelihatan kanak-kanak di dalam rakaman, hanya tangisan yang kedengaran selepas pengasuh berkenaan beberapa kali dilihat mengetuknya menggunakan sudip kayu.

Bercakap kepada mStar, pengguna Twitter yang enggan dikenali memberitahu, kanak-kanak yang didera kini berada dalam penjagaan ibu bapa mereka.

Menurutnya, insiden dikatakan berlaku di sebuah flat di Taman Utama, Gelugor di Pulau Pinang.

"Keadaan mereka (mangsa) trauma, takut nak jumpa orang. Terdapat kesan lebam.

"Tak pasti berapa ramai yang didera. Ibu bapa mangsa ada buat laporan polis," katanya secara ringkas ketika dihubungi.

pengasuh dera 3

Pengasuh memukul seorang kanak-kanak mengguna sudip kayu.

Sementara itu, dilaporkan polis mengesahkan klip video dera melibatkan kanak-kanak di sebuah rumah pengasuh yang tular dalam media sosial merupakan insiden lama.

Selain itu, polis turut menafikan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pengasuh tersebut seperti yang didakwa.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong sebaliknya memberitahu bahawa suspek iaitu seorang wanita warga asing berusia 53 tahun akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat dan pihaknya sedang menunggu kebenaran Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mendakwa suspek di mahkamah.

"Selepas menerima laporan daripada seorang wanita tempatan pada 7 Disember tahun lalu, kita menahan suspek pada keesokkan harinya kerana didakwa mendera empat kanak-kanak.

"Kita menahan reman suspek selama enam hari dan dia kini ditempatkan di Penjara Jawi sebelum didakwa di mahkamah," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur pada Rabu.

Mengulas mengenai kejadian itu, Soffian berkata, kejadian itu berlaku di sebuah rumah di Persiaran Minden, Gelugor di Georgetown pada 2 Disember 2021.

"Susulan daripada laporan polis itu, suspek disiasat mengikut Seksyen 31(2) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana penderaan kanak-kanak.

"Selain itu, suspek juga dituduh mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen kerana kesalahan tiada dokumen perjalanan yang sah," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Gempar bayi perempuan lahir ada ekor berbulu