suria

Jalan tempang macam cacat selepas selesai rakaman TV, Kak Long bersumpah demi Allah tiada niat persenda OKU

Kak Long berkata dia tak berniat menghina golongan OKU dalam siaran live di Facebook miliknya.

BAGAI tiada kesudahan.

Begitulah kisahnya mengenai Kak Long atau Wan Nor Baizura yang yang pernah tular gara-gara kes amukan di kedai serbaneka 7Eleven dan restoran makanan segera KFC, baru-baru ini.

Pada Isnin pula, wanita berusia 34 tahun itu teruk dikecam selepas dijemput menghadiri rakaman sebuah program di stesen TV Al Hijrah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh dijemput masuk TV, ibu tampil ‘back up’ Kak Long... yakin anaknya dapat harumkan nama negara!

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan saja-saja... AlHijrah jemput Kak Long 7E untuk beri teguran, tangguh siaran selepas teruk dikecam

Belum reda isu itu, tular pula rakaman video yang memaparkan Kak Long sedang melakonkan gaya tempang dan herot, persis Orang Kelainan Upaya (OKU).

Tindakan itu ternyata tidak disenangi netizen yang mana Kak Long dianggap menghina golongan cacat, malah dia didesak agar melakukan permohonan maaf segera.

Dalam kenyataan ringkas di Facebook, Kak Long menafikan dakwaan itu dan memohon maaf jika ada pihak yang terasa dengan gurauannya.

"Demi Allah saya tidak persendakan OKU. Saya gurau masa tu dalam live. Serba benda nak rakam. Kenapa bagi saya tekanan yang sangat kuat? Saya tak hina OKU, saya tak sebut nama siapa-siapa. Kenapa selalu cari silap saya?

1515177

TV Al Hijrah tangguh siarah program yang menampilkan Kak Long sebagai tetamu jemputan.

"Demi Allah saya tak ada niat nak hina OKU. Saya akui saya buat live gurau-gurau saja. Tapi benda tu buat ramai terasa. Saya minta maaf lagi sekali. Demi Allah saya tiada niat nak hina OKU," tulisnya.

Ketika dihubungi mStar pada Rabu pagi, ibu kepada dua cahaya mata itu sekali lagi menafikan dakwaan tersebut dan menganggap ia sebagai cubaan untuk memburukkan namanya.

Orang berlakon cerita watak OKU tu, adakah mereka hina OKU? Ramai lagi orang buat, kenapa cari salah saya?

KAK LONG

"Video terbaharu saya viral, orang kata saya hina OKU. Dalam video itu saya tak sebut atau kata sesiapa pun OKU. Saya tak hina, saya cuma berjalan macam tu dalam video live.

"Bila orang tak suka saya, segala benda mereka akan cari salah. Saya buat siaran live FB itu ketika pulang rakaman di TV Al Hijrah. Pada waktu itu, ada orang komen, kata saya ni 'lapar' famous.

"Jadi saya buat gaya berjalan macam tu. Saya tak sebut OKU sekian-sekian. Saya tak buat untuk OKU. Tapi orang salah faham. Kenapa nak ambil tindakan? Sedangkan saya tak hina OKU. Saya tak sebut nama OKU," ujarnya.

Menurut Kak Long, dia penat berdepan isu demi isu, malah setiap tindak-tanduknya di media sosial menjadi perhatian netizen yang mahu mencari kesalahan dan menjatuhkannya.

1515178

Kak Long menafikan dakwaan dia menghina OKU.

"Niat saya, hanya Allah saja yang tahu. Saya tak kata OKU dan tak sebut OKU. Sekarang bila buat live FB, orang akan rakam video live saya. Orang tunggu masa saja. Saya terlalu penat nak layan. Saya nak fokus hidup dan berniaga. Saya malas nak fikir.

"Saya buat live sekadar happy, untuk hiburkan diri. Pesanan saya kepada yang sebar video saya, saya tak akan maafkan awak. Sesiapa yang edit video saya, pun saya tak maafkan.

"Orang berlakon cerita watak OKU tu, adakah mereka hina OKU? Ramai lagi orang buat, kenapa cari salah saya?" ujar Kak Long lagi.

Dalam pada itu, Kak Long yang berada di ibu negara sejak Ahad lalu demi memenuhi jemputan TV Al Hijrah baru sahaja tiba di Dungun, Terengganu sekitar jam 4 pagi Rabu.

Biarpun sudah membuat rakaman, TV Al Hijrah pada Selasa mengumumkan penangguhan siaran rancangan tersebut.

Selain pihak produksi dan Kak Long, Pencetus Ummah (PU) Amin selaku pengacara turut dikecam teruk oleh netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Gempar bayi perempuan lahir ada ekor berbulu