suria

Disangka ‘Anuar Zain’ muncul di majlis kahwin... lelaki ini akui tiada rahsia di sebalik suara itu, tapi wanita tak dikenali pernah beri RM100

Abd Razak menjadi perhatian ketika menyanyikan lagu Anuar Zain di sebuah majlis kahwin.

VIDEO di sebuah majlis kahwin yang memutarkan lagu 'Sedetik Lebih' oleh Anuar Zain ternyata mengundang pelbagai reaksi sehingga ramai menyangka kemunculan penyanyi itu.

Namun di akhir video berdurasi 56 saat itu menunjukkan seorang DJ sedang memegang mikrofon sambil menyanyi lagu penyanyi popular itu.

"Mula-mula ingatkan putaran lagu oleh DJ, sekali ada cakap-cakap pula. Kemudian kagum pengantin boleh upah Anuar Zain nyanyi kat wedding dia."

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya guna suara kepit" - 'Abang misai bersuara Tok Ti' nyanyi di pasar malam selepas dipujuk rakan... alamak ramai sudah keliru!

ARTIKEL BERKAITAN: Aktif berborak di TikTok, followers sedar jejaka mix Melayu-Itali ini ada persamaan dengan Syamsul Yusof - "Rasa kelakar bila ramai tak percaya"

"Wow... suara sebijik Anuar Zain."

"Ingat betul-betul Anuar Zain, kot laa nak surprise pengantin. Nasib tengok sampai habis, terbaiklah vokal dia," demikian antara komen-komen netizen.

Bercakap kepada mStar, Abd Razak Sanib berkata, dia tidak menyangka menjadi perhatian menerusi persembahannya ketika majlis kahwin di Keramat, Kuala Lumpur, bulan lalu.

Lelaki berusia 47 tahun itu bagaimanapun mengakui sering disalah anggap memainkan 'playlist' lagu sedangkan dirinya benar-benar menyanyikan lagu Anuar Zain.

"Saya sendiri terkejut dan segan sebab saya ni bukan penyanyi popular macam Anuar Zain. Memang ada yang salah sangka bila saya menyanyikan lagu-lagu beliau.

"Sampaikan tuan rumah minta saya nyanyi lagu-lagu Anuar Zain. Biasanya lagu wajib adalah Sedetik Lebih, Keabadian Cinta dan Sesuci Cintamu," katanya ketika dihubungi.

disangka anuar zain 2

Abd Razak menyediakan khidmat pengurusan majlis, sistem bunyi dan DJ.

Mula menyanyi di majlis kahwin pada 2007, Abd Razak yang lebih dikenali sebagai Ajaq ini sebenarnya mengusahakan bisnes pengurusan majlis.

"Saya buat event management dan sewakan sound system. Bukan setakat majlis kahwin, tapi juga untuk konsert dan live band.

"Sesetengah klien tahu saya boleh menyanyi, jadi mereka request saya perform sekali macam pakej semua dalam satu," ujarnya yang berasal dari Sungkai, Perak.

disangka anuar zain 5

Berpengalaman menjadi DJ dan menyanyi di majlis kahwin.

Bapa kepada enam anak itu juga pernah menyertai beberapa pertandingan nyanyian seperti Sinaran Pasport Kegemilangan pada akhir 90-an dan Bintang RTM 1999.

Bagaimanapun kata Abd Razak, tiada rahsia yang membuatkan suaranya seakan Anuar Zain setiap kali menyanyikan lagu penyanyi itu.

Sesetengah klien tahu saya boleh menyanyi, jadi mereka request saya perform sekali macam pakej semua dalam satu.

ABD RAZAK SANIB

"Tak ada rahsia pun. Mungkin setiap kali menyanyikan lagu-lagu Anuar Zain, saya akan menggunakan key dan lenggok nyanyian beliau.

"Cuma lagu-lagu Anuar Zain banyak bernada tinggi, jadi saya kena kuatkan stamina untuk pernafasan lebih baik ketika menyanyi dengan bersenam di atas treadmill," katanya yang mengagumi bakat nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza, Anuar Zain dan Datuk Jamal Abdillah.

disangka anuar zain 4

Abd Razak mengagumi bakat nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza, Anuar Zain dan Datuk Jamal Abdillah.

Dalam pada itu, Abd Razak turut berkongsi pengalamannya pernah didekati seorang tetamu wanita selepas membuat persembahan dalam satu majlis.

"Seorang wanita tegur saya sebaik turun dari pentas selepas menyanyikan lagu Anuar Zain. Saya tak kenal siapa dia, tapi dia perkenalkan dirinya sebagai peminat Anuar Zain.

"Dia beri wang tunai RM100 sebab terlalu excited dapat dengar saya nyanyi macam Anuar Zain.

"Mulanya saya terkejut, tapi saya terharu. Saya anggap pemberiannya sebagai rezeki saya menyanyi dengan niat untuk menghiburkan orang ramai," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain