suria

Selalu berfesyen, gaya macam model tapi pakai baju bundle... pemuda ini teruskan OOTD ‘syok sendiri’, janji hati puas!

Affan akui tak malu, sebaliknya selesa dan bangga menggayakan pakaian terpakai.

APABILA bercerita mengenai pakaian terpakai, setiap orang ada pendapat yang berbeza beza.

Di Malaysia, kedai bundle atau thrift shop sebenarnya mempunyai peminatnya yang tersendiri, termasuklah jejaka berusia 22 tahun ini.

Menurut Muhammad Affan Hashmam, dia selesa menggayakan pakaian bundle, malah tidak pernah malu atau cuba menyembunyikan minatnya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga bundle sedekah pakaian, sebak kedai belum buka mangsa banjir dah tunggu depan pintu nak tukar baju basah - “Ada yang bawa duit RM10’’

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Lelaki ini kacak bergaya dengan baju RM1, termasuk ke KLFW, “Pengalaman banyak mengajar saya”

"Saya mula minat thrifting selepas tengok model-model yang berpakaian lawa. Saya suka tengok cara mereka berfesyen. Saya pun baru setahun minat dalam bidang ini.

"Selain beli di kedai bundle, saya juga banyak beli pakaian terpakai menerusi Instagram dan TikTok. Tapi tak semua pakaian saya dari kedai bundle, saya juga ada beli pakaian baharu sama macam orang lain," ujarnya.

Bukan sahaja minat membeli pakaian terpakai, dia yang senang disapa Affan juga suka menggayakan fesyen tersebut dengan caranya yang tersendiri.

Malah, foto serta video Affan dengan gaya unik yang dikongsi di media sosial turut membolehkan dia meraih perhatian ramai, sejak setahun lalu.

affan4

Affan merupakan juruteknik di sebuah kilang di Selangor.

"Dah jadi macam hobi. Saya suka ambil gambar outfit of the day (OOTD). Kalau keluar, mesti akan ambil gambar. Walaupun saya seorang yang pemalu, hobi ini dapat memberi kepuasan kepada diri sendiri.

"Video fesyen yang saya buat pun macam syok sendiri, tapi saya puas sebab saya buat untuk diri saya. Ramai juga yang mesej, tanya beli di mana dan sebagainya.

Saya beli yang padan dengan harga. Tak semestinya kena beli yang mahal. Paling murah saya beli seluar RM5.

AFFAN

"Sebenarnya ramai seller yang jual online. Contohnya melalui TikTok dan Instagram. Tapi kita kena rajin tonton siaran live mereka. Senang, tak perlu pergi ke kedai," ujarnya yang berasal dari Pulau Pinang.

Biarpun ada yang memandang rendah terhadap pakaian terpakai, Affan berkata dia tidak pernah kisah akan hal itu.

"Kalau nak pakai sesuatu, kita kena yakin. Mulut orang kita tak boleh nak buat apa-apa. Saya tak kisah soal harga, tapi saya tengok kualiti pakaian.

affan2

Affan banyak berkongsi video OOTD menerusi TikTok.

"Saya beli yang padan dengan harga. Tak semestinya kena beli yang mahal. Paling murah saya beli seluar RM5. Tapi ada juga pakaian bundle saya yang berharga sehingga lebih RM300," dedahnya lagi.

Di TikTok, video-video Affan turut menerima pelbagai komen netizen, termasuklah yang menegur soal aurat.

Kata Affan, dia peka akan hal itu dan menerima segala teguran dengan hati terbuka serta berazam untuk memperbaiki penampilan dirinya pada masa akan datang.

"Kalau yang tegur mengenai seluar pendek, saya terima saja. Memang betul apa yang mereka kata. Jadi lain kali, saya tak akan pakai.

affan3

Affan mula meneroka dunia bundle sejak setahun lalu.

"Alhamdulillah, ramai juga yang beri sokongan kepada saya," ujarnya yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang di Klang, Selangor.

Dalam satu video terbaharu, anak pertama daripada enam beradik itu turut berkongsi penampilannya yang lama sebelum dia melakukan transformasi dengan pakaian terpakai.

Video itu sehingga kini meraih hampir 100,000 tontonan dan turut dihujani dengan komen pujian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain