suria

Murid-murid bakal terima bantuan awal persekolahan bermula 17 Januari

Sejumlah RM450 juta telah diperuntukkan untuk program BAP untuk sejumlah tiga juta pelajar.

BANTUAN Awal Persekolahan (BAP) akan mula diagihkan pada 17 Januari ini.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata, program ini melibatkan murid yang akan memasuki Tahun Dua pada tahun persekolahan 2022/2023 akan datang, sehingga pelajar Tingkatan Lima.

ARTIKEL BERKAITAN: Sekolah periksa BMI murid-murid bermula sesi akademik 2022/2023

Menurut KPM, murid Tahun Satu hingga Tingkatan Empat dalam tahun akademik 2021/2022 yang terdiri daripada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah akan layak menerima bantuan itu.

Sebagai sebahagian daripada Belanjawan 2022, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata sejumlah RM450 juta telah diperuntukkan untuk program BAP untuk sejumlah tiga juta pelajar, dan setiap pelajar akan menerima RM150.

“Ini akan memanfaatkan kira-kira tiga juta pelajar daripada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.

“Ia akan diberikan secara tunai atau akan dimasukkan ke dalam akaun bank penerima.

"Pemberian wang tunai akan dibuat di sekolah berdasarkan prosedur operasi standard Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan," katanya. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berikut

Tun M dibenar keluar IJN

Artikel Lain