suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tun M dibenar keluar IJN

Dr Mahathir berjaya menjalani prosedur perubatan elektif di IJN. foto Reuters

TUN Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada Khamis, selepas berjaya menjalani prosedur perubatan elektif.

IJN dalam satu kenyataan berkata, bekas perdana menteri itu discaj pada pukul 3.45 petang Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun M semakin pulih, selamat jalani prosedur perubatan elektif - IJN

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Mahathir dimasukkan ke IJN untuk prosedur perubatan elektif

"Beliau akan menjalani proses pemulihan seterusnya di rumah.

"Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan kesihatannya sejak seminggu yang lepas, apabila Dr Mahathir dimasukkan ke IJN," menurut kenyataan itu.

Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 7 Januari lalu bagi menjalani prosedur perubatan elektif.

Pada 16 Disember lalu, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan perubatan menyeluruh dan pemantauan lanjut, sebelum dibenarkan keluar dari IJN pada 23 Disember - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain