suria

Tun M semakin pulih, selamat jalani prosedur perubatan elektif - IJN

Dr Mahathir (gambar fail) dijangka dibenarkan keluar dari IJN dalam beberapa hari lagi. foto Reuters

TUN Dr Mahathir Mohamad berjaya menjalani prosedur perubatan elektif, kata Institut Jantung Negara (IJN).

IJN dalam satu kenyataan berkata, Dr Mahathir menjalani prosedur itu di insititut itu Sabtu (8 Januari) dan dijangka dibenarkan keluar dari IJN dalam beberapa hari lagi berdasarkan perkembangan klinikal beliau.

ARTIKEL BERKAITAN: Tun Mahathir dimasukkan ke IJN

"Sepasukan doktor dari IJN dan Pusat Perubatan Universiti Malaya menjalankan prosedur dan berjalan lancar seperti dirancang.

"Dr Mahathir kini semakin pulih. Beliau sedar dan bersemangat tinggi," menurut kenyataan itu pada Ahad.

Berikutan prosedur operasi standard (SOP) institusi itu, tiada pelawat dibenarkan melawat bekas perdana menteri di IJN.

"Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah Ali ingin merakamkan ucapan terima kasih atas segala ucapan selamat dan keprihatinan orang ramai," tambah kenyataan itu.

Dr Mahathir, 96, yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air, dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan penuh pada 16 Disember.

Beliau dibenarkan keluar pada 23 Disember selepas menjalani beberapa siri pemeriksaan perubatan.

Dr Mahathir kemudian dimasukkan ke IJN pada Jumaat (7 Januari) untuk menjalani prosedur perubatan elektif. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain