suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mengamuk gara-gara tidak dapat bekalan dadah

Lekaki berusia 27 tahun ini ditahan sekitar jam 2 petang.

GARA-gara tidak dapat bekalan dadah, seorang lelaki mengamuk dengan memegang sebilah pisau di tepi jalan berdekatan kawasan perumahan di Kampung Teluk Kalong, di Kemaman pada Rabu.

Tindakan lelaki itu bagaimanapun mengundang padah setelah dia ditahan polis susulan laporan daripada orang awam yang menyaksikan kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, lelaki berusia 27 tahun ditahan kira-kira jam 2 petang dan pihak polis turut merampas sebilah pisau berukuran 12 inci.

"Hasil siasatan awal mendapati lelaki tersebut mengaku mengamuk kerana tidak berpuas hati selepas sukar mendapat bekalan dadah.

"Suspek yang positif methamphetamine ditahan reman selama empat hari sehingga Ahad," katanya ketika dihubungi pemberita, pada Sabtu.

Dalam pada itu, katanya, pihak polis percaya suspek dan penagih dadah di sekitar kawasan itu terputus bekalan dadah susulan penahanan beberapa pengedar dadah sejak minggu lalu.

"Saya nasihatkan supaya ahli keluarga melaporkan kepada pihak polis jika ada individu lain yang berkelakuan sama untuk tindakan lanjut," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain